Monday 25 April 2011

Seminar “Panahan Cinta Emas” Dr Luv

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari Sabtu lepas GCP Kenyalang telah menyertai seminar “Panahan Cinta Emas” yang telah dijayakan oleh Dr Luv ataupun nama sebenarnya Dr Azahari Othman (bekas tenaga pengajar AF). Sebenarnya seminar ni dianjurkan oleh Public Gold.. So, terima kasih Public Gold! Tak salah kalau nak berkongsi ilmu ni..

Memang best seminar tersebut sebab Dr Luv memang terror buat presentation.. Plus pandai buat lawak, so memang tak boring..

Apa yang saya tak boleh lupa adalah soalan pertama dia.. “Bagaimana rasanya apabila jatuh cinta?” Pelbagai jawapan yang diterima termasuklah rasa seronok, indah, tiada yang lain di fikiran, termasuklah tak tau nak jawab apa.. Apa kaitannya dengan emas??? Well, perasaan yang sama juga terjadi apabila jatuh cinta dengan emas.. Tak dapat tidur sebab fikirkan emas, hari-hari tengok harga emas, seronok bila dapat emas, etc etc etc.. Semua yang best best je.. Adakah anda juga jadi macam tu bila dah terjebak dengan emas ni? Jujurnya GCP Kenyalang mengalaminya bila terkena panahan cinta emas ni.. Hehehe..

Banyak points yang disampaikan oleh Dr Luv dah GCP Kenyalang ceritakan dalam blog ni.. Sebagai contoh, kenapa kita perlu memiliki emas, kelebihan emas, kenaikan harga emas dan sebagainya..

Salah satu pesanan Dr Luv yang boleh kita apply ialah convert maximum 50% daripada simpanan kita kepada emas.. Lagipun ini untuk masa depan kita jugak.. Bagi GCP Kenyalang jika anda tak sanggup allocate 50% untuk emas, at least allocate 20% to 30%. Asalkan ada.. Kalau nak beli sikit-sikit pun ok.. Dinar GCP 999.9 baru je RM700+ (kalau nak beli, boleh lock price dengan GCP Kenyalang sekarang.. Ada diskaun tau..)

Antara kelebihan emas yang diceritakan oleh Dr Luv ialah ia kalis inflasi.. Baru-baru ni kita telah dimaklumkan tentang kenaikan inflasi di Malaysia yang mencecah 3%.. So, jika kita mempunyai simpanan ASB, FD dan sebagainya, keuntungan anda yang sebenar ialah dividend minus kadar inflasi.. Harga emas jpula naik selari dengan kenaikan inflasi tersebut.. So, what say you? Nak melabur dalam emas ke tidak?

Dr Luv juga ada menyentuh tentang kegunaan emas ni untuk perancangan masa depan.. Dengar cerita dalam masa 5 tahun akan datang (ataupun kurang), hanya 10-15 dinar je yang diperlukan untuk mengerjakan haji.. So, startlah kumpul dinar sekarang.. Jika anda ada perancangan untuk membeli kereta ke, rumah ke dalam masa 5 tahun lagi, beli emas sekarang.. After 5 years, jual emas.. Kalau dengan kenaikan emas 30% setahun, maknanya anda untung 150%.. Menarik kan??? Selain itu anda juga boleh beli emas untuk masa depan anak-anak anda, contohnya pembiayaan pelajaran mereka kelak.. Semua ini terpulang kepada perancangan anda.. Insyaallah, GCP Kenyalang akan huraikan topik ni pada post yang akan datang..

One other thing yang menarik perhatian GCP Kenyalang ialah pasal jual atau pajak emas.. Pesan Dr Luv, jangan jual emas anda melainkan anda betul-betul perlukan duit.. Selain itu, hanya pajak emas anda jika anda adalah seorang peniaga emas (since perlu ada stock), ataupun mempunyai business lain yang akan membolehkan anda menebus balik emas tersebut.. Sebenarnya pandangan Dr Luv dan GCP Kenyalang tentang emas exactly sama kerana GCP Kenyalang berpegang teguh kepada prinsip “Never Lose Your Gold”.. Simpan je emas anda selagi boleh.. Ingat, orang yang menyimpan emas itulah sebenarnya orang yang kaya..

Itulah sedikit sebanyak ilmu yang GCP Kenyalang dapat daripada seminar tersebut.. Kalau GCP Kenyalang berjaya menambah ilmu lagi, GCP Kenyalang akan share dengan anda semua.. Insyaallah.. Sebenarnya GCP Kenyalang berharap dapat attend Kursus Usahawan Emas yang dianjurkan oleh GCP tu.. Memandangkan GCP Kenyalang berada di Kuching, harap-harap dapat fly ke Semenanjung dalam masa terdekat untuk turut serta.. Oklah, sekian saja untuk kali ni.. Wassalam..  

No comments:

Post a Comment