Teknik Ar-Rahnu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Before GCP Kenyalang menceritakan tentang salah satu teknik Ar-Rahnu yang biasa diamalkan pemilik emas, baik GCPK intro dulu pasal Ar-Rahnu Agrobank.

Ar-Rahnu Agrobank
Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran. Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.

Kelebihan Skim Ar-Rahnu
  • Pembiayaan mengikut Syariah
  • Cepat, mudah dan selamat
  • Lebih murah
  • Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh
  • Tempoh gadaian lebih lama
Had Gadaian: Maksimum RM50,000 @ RM10,000 sehari

Tempoh Gadaian (6+3+2 bulan):
  • Gadaian pertama - 6 bulan
  • Boleh dilanjutkan 3 bulan lagi (kalau tak tebus lepas 6 bulan, automatic dilanjutkan for another 3 months)
  • Lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan
Kadar Upah Simpan


Nilai Emas
Margin Pinjaman
Upah Simpan Sebulan
RM100
50%
RM0.50
RM100
60%
RM0.60
RM100
70%
RM0.75

Nota: Bagi gold bar, maximum margin pinjaman ialah 65% dengan upah simpan sebulan sebanyak RM0.75 bagi setiap RM100 nilai emas.

-------------------------------------------------------------------

Teknik Beli-Pajak Kemudian Jual-Tebus

Teknik ni adalah sesuai untuk semua dealer GCP kerana ia melibatkan proses beli dan jual emas, so untuk mendapat keuntungan yang lebih banyak, spread adalah penting.

Mari kita lihat berapa keuntungan yang kita dapat selepas memajak mengikut tempoh gadaian 6+3+2, dengan peratus kenaikan harga emas sebanyak 20% selepas 11 bulan tersebut. Di akhir teknik ini, kita akan memiliki kembali emas pertama yang kita beli.

Harga Gold Bar GCP (Dealer price pada 29/4/2011):
50g = RM7,750
20g = RM3,120
10g = RM1,560

Nilai Marhun = RM165.80/g (mengikut kadar pada 28/4/2011)
Tempoh Pajakan = 6+3+2 bulan = 11 bulan
Upah Simpan = RM0.75 (bagi setiap RM100 nilai emas)
Kenaikan harga emas (selepas 11 bulan) = 20%

Pinjaman (65%) = Nilai marhun x Berat Emas x 65%
Upah Simpan (6+3+2 bulan) = (Nilai Marhun / Berat Emas) / 100 x Upah Simpan x 11  

Kita mulakan dengan memiliki satu gold bar 50g dan ikuti proses di bawah ini:

Pajak
Pinjaman
Upah Simpan
Wang di Tangan
Beli (Harga)
Step 1
50g
5,388.50
683.95
5,388.50
20g (3,120)
Step 2
20g
2,155.40
273.60
4,423.90
20g (3,120)
Step 3
20g
2,155.40
273.60
3,459.30
20g (3,120)
Step 4
20g
2,155.40
273.60
2,494.70
10g (1,560)
Step 5
10g
1,077.70
136.80
2,012.40
10g (1,560)
Step 6
10g
1,077.70
136.80
1,530.10


Dengan baki wang di tangan sebanyak RM1,530.10, tambah RM29.90 dan beli
gold bar 10g. Simpan selama 11 bulan.

Harga Gold Bar GCP selepas 11 bulan (kenaikan bersih emas ialah 14.5% lepas tolak spread 5.5%):
20g = RM3,572.40
10g = RM1,786.20

Sekarang kita go through proses tebus pulak. Kita mulakan dengan menjual 10g yang kita simpan tadi.

Jual
Wang di Tangan
Tebus
Baki Wang
di Tangan
Step a
10g
1,786.20
10g (Step 6)
571.70
Step b
10g
2,357.90
10g (Step 5)
1,143.40
Step c
10g
2,929.60
20g (Step 4)
500.60
Step d
20g
4,073.00
20g (Step 3)
1,644.00
Step e
20g
5,216.40
20g (Step 2)
2,787.40
Step f
20g
6,359.80
50g (Step 1)
287.35

Baki Wang di Tangan = Wang di Tangan – (Pinjaman + Upah Simpan)

Jadi, selepas 11 bulan kita akan memiliki semula 50g emas dan dapat wang lebihan sebanyak RM287.35. Menarik bukan? Itu baru 50g.. Kalau lebih daripada itu? Dan sekiranya harga emas meningkat lebih daripada 20%, tentu anda akan dapat lagi banyak wang lebihan. Betul tak? Selamat mencuba..