Wednesday 27 April 2011

Cara Mengira Emas dalam RM/g

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ok, GCP Kenyalang rasa anda semua tahu harga emas selalunya dikira dalam US$/oz.. Macam mana nak tukarkannya kepada RM/g?

1 oz = 31.1g (this is troy ounce)

1 US$ = RM2.99 (current exchange rate)

Jadi, sekiranya harga emas ialah US$1508/oz (harga pada 10.00am, 27 April), bila convert kepada Ringgit Malaysia:

1508 ÷ 31.1 = US$48.49/g

48.49 x 2.99 = RM144.98/g

Tapi ini adalah harga emas semata-mata.. Kalau beli gold bar ataupun jewelleries confirm akan lebih sikit harganya sebab ada extra minting cost dan sebagainya..

No comments:

Post a Comment