Tuesday 26 April 2011

Sejarah Harga Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini GCP Kenyalang ingin share tentang sejarah harga emas pulak.. Since kita ni sayangkan emas, kenalah tau sejarah harga emas ni.. Semakin kenal, semakin cinta la katakan..

So, kehadiran emas telah dikenal pasti way back in the 5th millenium B.C. Manusia pada zaman Mesopotamia telah menghasilkan pelbagai objek dan perhiasan dengan menggunakan emas. Pada 2,700 B.C., syiling emas yang pertama dihasilkan. Jika kita melihat sejarah harga emas, kita akan nampak pelbagai perubahan.

Pada abad ke-19, United Kingdom telah menyandarkan pound mereka kepada Golden Standard (pound disandarkan kepada emas). Selepas tahun 1900, negara lain juga telah turut serta termasuk Amerika. This is to adjust pengeluaran emas sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada dagangan antarabangsa. Jika sesebuah negara mengalami situasi kewangan yang negatif, negara tersebut terpaksa menyerahkan emas mereka untuk membaikpulih kekurangan wang dalam perniagaan dengan negara-negara lain. Walaubagaimanapun, peranan penting yang dimainkan oleh emas dalam dagangan dunia berakhir pada tahun 1970-an.

Emas dilihat sebagai standard kewangan yang paling bernilai. Emas disukat dalam bentuk ounce (oz) dan harganya ditetapkan sebagai per ounce. Jika anda tertanya-tanya berapakah berat 1 ounce, ia adalah bersamaan dengan 0.7 pounds ataupun 31.1 gram.

Amerika pada asalnya menetapkan harga emas pada US$20.67/oz untuk satu jangkamasa yang lama. Hanya pada tahun 1934, harga emas telah dinaikkan kepada US$35/oz. Selepas 30 tahun harga ini mula berubah-ubah sehingga mencecah paras tertinggi pada bulan Januari 1980 (US$850/oz) dan kemudiannya jatuh ke paras US$272 pada tahun 2000.

Tetapi bermula daripada tahun 2001, harga emas terus naik dan naik. Sehingga ke saat ini, harga emas dijangka akan meningkat secara berterusan dan ramai yang berpendapat bahawa SEKARANG adalah masanya untuk melabur dalam emas.

So, anda bila lagi nak membeli emas ni??? Bagi GCP Kenyalang, tak kisah harga tengah tinggi ke rendah ke, beli je cos dalam masa 5, 10, 15 tahun akan datang, harganya akan jauh lebih tinggi daripada harga yang anda beli sekarang..

No comments:

Post a Comment