Wednesday 27 April 2011

Personal Loan untuk Beli Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GCP Kenyalang percaya ramai juga yang terfikir untuk membuat personal loan dan kemudian beli emas.. Tapi adakah anda akan membuat keuntungan ataupun tidak? Mari kita tengok calculation di bawah..

Jumlah Personal Loan = RM10,000
Interest Rate = 5% per year (flat)
Tempoh Pinjaman = 5 tahun
Jmlah kena bayar balik = RM12,500 (RM208 sebulan)

Dengan RM10,000 itu anda beli emas (dapat la gold bar GCP 50g & 10g).. Kalau emas naik 20% setahun, inilah nilai emas anda selepas 5 tahun..

Keuntungan = RM10,000 x (20% x 5 tahun) = RM10,000

Nilai Emas Selepas 5 Tahun:
Nila asal emas + Untung = RM10,000 + RM10,000 = RM20,000

Jadi walaupun anda kena bayar interest sebanyak RM2,500, anda still akan untung RM7,500. Percaya ke tak percaya? Cuba kira balik..

Tapi pada pendapat GCP Kenyalang walaupun keuntungannya menakjubkan, bila kita membuat personal loan bermaksud kita menambah liability kita. Kiranya anda berhutang dengan bank.. Good debt sebab dapat keuntungan jangkamasa panjang, tapi liability bertambah..

Pilihan di tangan anda.. Nak buat personal loan untuk beli emas ataupun hanya beli ketika mampu? Kalau anda go with personal loan, make sure monthly payment tu dibuat on time ye.. Jangan sampai rosakkan rekod CCRIS & CTOS anda pulak.. And kalau boleh, minimize loan period anda.. Lagi cepat settle loan, lagi bagus.. Takde hutang, hati pun senang.. Betul?

Sekian saja.. Wassalam..


No comments:

Post a Comment