Wednesday 27 April 2011

Berapa Banyak Emas yang Ada?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda ingin tahu berapa banyak emas yang dianugerahkan kepada kita di muka bumi ini?  Teruskan membaca..

Walaupun dengan penggunaan teknologi moden, emas masih sukar untuk dijumpai.

Secara kesuluruhannya sebanyak 160,000 tan emas telah dikeluarkan dari Bumi.

160,000 tan itu adalah kurang daripada apa yang kita expect. Jika kesemua emas ini dibentuk menjadi a single gold cube, ia tidak dapat menutupi sebuah gelanggang tenis pun. In fact ia akan kurang 2 meter. Tapi itulah saja emas yang ada di dunia ini.

Emas dilombong kira-kira sebanyak 2,600 tan setahun, jadi pengeluarannya dari muka bumi ini berkembang pada kadar 1.6% setahun. Pengeluaran emas baru ini bermaksud kiub emas dunia (currently 20.2 metres across) hanya bertambah sebanyak 11cm setahun.

Kesemua emas dunia hanya akan menutupi sebuah gelanggang tenis apabila stok emas di muka bumi ialah sebanyak 205,000 tan. Ini akan berlaku pada tahun 2025.

205,000 tan ini adalah jumlah stok di atas muka bumi (kira-kira 160,000 tan) ditambah dengan  jumlah emas yang belum dilombong lagi oleh syarikat perlombongan emas dunia (kira-kira 45,000 tan).

Itulah sahaja emas dunia yang ada – di atas bumi dan yang diketahui di dalam Bumi (dan belum dilombong lagi)…

No comments:

Post a Comment