Friday 22 April 2011

Kenapa Harga Emas Naik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam entry yang lepas GCP Kenyalang telah menceritakan tentang kenaikan harga emas. So far kita hanya tahu harga emas sentiasa naik dari tahun ke tahun, tapi kenapa? Di sini GCP Kenyalang try sebaik mungkin untuk menghuraikannya..

Seperti komoditi yang lain, supply & demand memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga emas di pasaran dunia. Supply untuk emas diperolehi melalui aktiviti perlombongan dan recycled (emas yang diguna semula).

Emas dilombong di semua benua kecuali Antartika di mana sebarang aktiviti perlombongan adalah dilarang. Sekarang, jumlah pengeluaran emas menerusi aktiviti perlombongan dilihat agak stabil di mana purata supply emas berjumlah 2,497 tan setahun. Stability pengeluaran emas ini adalah disebabkan oleh penemuan lokasi perlombongan emas yang baru, di mana apabila tempat ini dimajukan, ianya dilombong untuk menggantikan current production, dan bukannya untuk mengembangkan global production levels. Sebagai contoh, kita perlu meneroka telaga minyak baru dalam mengembangkan global production levels untuk cover demand minyak mentah yang semakin meningkat.

Walaupun penerokaan emas mengambil masa yang agak lama dan perlahan, iaitu setiap 10 tahun untuk penemuan lombong emas yang baru, namun dengan emas recycled ianya dapat mengimbangi pengeluaran emas. Di antara tahun 2005 – 2009, emas recycled telah menyumbang 32% dari jumlah pengeluaran emas tahunan.

Demand untuk emas dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama:

1. Jewellery demand (barang kemas)

  • Menyumbang dua pertiga (67%) daripada jumlah keseluruhan gold demand.
  • Sehingga Disember 2009, jumlah dagangan untuk jewellery demand sahaja berjumlah US$55 billion dengan India menyumbang 27% daripada jumlah demand pada tahun tersebut.
2. Investment demand (pelaburan)

  • Dari tahun 2003, investment (pelaburan) telah berkembang dengan pesat membolehkan demand untuk emas naik secara progresif.
  • Dalam lima tahun terakhir hingga 2009 sahaja, kenaikan investment demand telah mencecah 119% dengan net inflow berjumlah US$41billion!!
  • Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pertumbuhan yang mendadak dalam investment demand. Antaranya ialah pengetahuan orang ramai bahawa demand untuk emas akan terus melebihi supply. Namun, yang paling ketara sekali adalah kesedaran orang ramai betapa pentingnya pemilikan emas di dalam melindungi kita dari inflasi dan sebarang unforeseen risk.
 3. Technological demand.
  • Technological demand, iaitu dalam industri perubatan dan pergigian menyumbang 12% gold demand dengan purata tahunan 434 tan dari tahun 2005 – 2009.
  • Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Ini menyebabkan lebih dari separuh demand industri terhadap emas digunakan dalam komponen-komponen elektrik dan elektronik.
  • Sejarah penggunaan emas dalam bidang perubatan pula telah mula dipraktikkan sejak Tamadun Mesir lagi. Kini, terdapat beberapa variasi aplikasi emas dalam  perubatan antaranya ialah Dinatrium Aurothiomalate yang digunakan dalam rawatan arthritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
Dengan penjelasan yang telah GCP Kenyalang berikan, selagi  supply untuk emas masih stabil manakala demand untuk emas pula semakin meningkat, maka amat jelas sekali bahawa harga emas akan terus naik, naik dan naik... Jadi, tunggu apa lagi??? Turn your fiat money into gold.. Now!!!

Renung-renungkanlah, dan sama-samalah kita memiliki emas. Kalau nak berbicara atau berhasrat untuk memiliki emas, hubungi GCP Kenyalang di 016-8691581.. Kalau nak berjumpa pun boleh (bagi warga Kuching dan Samarahan).. Saya akan meluangkan masa untuk anda.. Wassalam..


No comments:

Post a Comment