Thursday 28 April 2011

Kepentingan Mempelbagaikan Portfolio Pelaburan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adakah anda tahu kepentingan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan anda? Kebanyakan portfolio pelaburan yang ada sekarang adalah seperti saham dan bond. Seperti di Malaysia, kita ada Amanah Saham, Fixed Deposit, Mutual Fund, Sukuk dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pelaburan kita, kalau satu tak untung, maybe satu lagi akan untung. So, that’s why we have to diversify our investment portfolio.

Tapi, kunci untuk diversification yang efektif ialah mencari jenis pelaburan yang tidak berkaitan antara satu sama lain. Inilah yang menjadi masalah kepada pelabur kerana kebanyakan saham adalah berkait rapat antara satu sama lain, dan begitu juga bond. Even saham itu sendiri mempunyai kaitan yang rapat dengan bond. Jadi di sini pelabur harus mencari pelaburan yang tidak berkait rapat dengan saham dan bond, dan kemudiannya menambah elemen ini dalam portfolio mereka.

Ramai pelabur menggabungkan tangible assets (aset nyata) dengan portfolio saham dan bond untuk mengurangkan risiko. Ini kerana aset nyata ini mempunyai kaitan yang amat rendah, even negative correlation dengan saham dan bond. Ok, kalau anda nak tahu, saham dan bond ni hanyalah paper investment, manakala aset nyata ini dapat dipegang dan disimpan. Tangible assets juga telah menghasilkan pulangan pelaburan yang mengagumkan on their own. Pada masa sekarang, ramai yang bercakap mengenai kepentingan diversification ni, dan ini bermaksud kepentingan melabur dalam tangible assets juga meningkat.

Jadi, apakah tangible asset yang tengah hangat di pasaran sekarang??? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan.. EMAS..  Kenapa pelabur memilih emas untuk dijadikan salah satu portfolio pelaburan mereka??? Nantikan post GCP Kenyalang selepas ini… Wassalam..

No comments:

Post a Comment