Wednesday 20 April 2011

Kenapa Kita Perlu Memiliki Emas?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tajuk entry kali ini bagi GCP Kenyalang amat menarik untuk dibicarakan.. Lebih-lebih lagi ini merupakan salah satu objektif GCP Kenyalang.

GCP Kenyalang rasa semua orang tahu apa itu emas dan jika ditanya pandangan semua tentang emas, confirm mengaitkannya dengan sesuatu yang berharga dan lambang kemewahan. Betul?

Jadi, kenapa kita perlu memiliki emas? Terdapat 5 jawapan utama untuk persoalan tersebut: 

1. Emas – Simbol Kekayaan Sebenar

Dari zaman dulu hingga sekarang, emas telah menjadi pilihan manusia sebagai symbol atau status kekayaan.

Even sejak 6,000 tahun yang lampau, Tamadun Mesir telah menggunakan emas yang bercopkan nama Firaun.

Kenapa manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan?

  • Warna emas yang sangat menarik iaitu kuning keemasan dan tidak akan pudar selamanya.
  • Emas tidak boleh dibinasakan.
  • Tahan lasak.
  • Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
  • Emas amat sukar diperoleh.
Ok, cuba kita lihat tokey-tokey besar yang suka memakai rantai atau gelang emas. Apa first impression kita apabila melihat mereka? Confirm kita madah “Kaya tokey ya eh..” So Emas = Kaya.. Setuju?


2. Harga Emas Sentiasa Meningkat Dalam Jangka Masa Panjang


Sebab utama harga emas terus meningkat adalah kerana ia sentiasa bertahan pada harganya dan tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi pelbagai situasi pasaran.


Pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 menyatakan…  


“…Sekiranya terdapat kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komoditi yang sentiasa berubah-ubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuiti saham mampu menggugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”


Tahukah anda dari tahun 2000 hingga 2010 emas telah meningkat lebih dari 400%??? Persoalan ini akan GCP Kenyalang ceritakan dalam entry yang akan datang…


3. Nilai Wang Kertas Semakin Jatuh Dalam Jangka Masa Panjang


Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Kos untuk membuatnya pun hanya 10sen. Tetapi yang membuatkan ia bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (bagi kes kita, Kerajaan Malaysia). Kenapa wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang? Sebabnya wang kertas dikikis oleh kadar inflasi setiap tahun.


Masa zaman GCP Kenyalang sekolah rendah dulu, nasi lemak kat kantin sekolah hanya berharga 40sen. Sekarang nasi lemak yang paling murah pun berharga RM1.50. 275% increase!!! Tetapi 1g emas dulu tetap bernilai 1g sekarang.. Betul tak?


4. Aset yang Terunggul


Emas dianggap aset paling bernilai bagi semua orang. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada mana-mana matawang. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia, tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.


1g emas di Malaysia tetap bernilai 1g di seluruh dunia. Try bawak wang kertas kita ke negara lain.. Laku ke?


5. Emas Sukar untuk Diperoleh


Emas sukar untuk diperolehi dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ianya berbeza sekali dengan wang kertas di mana ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Hyperinflasi ialah di mana kenaikan harga barang runcit yang mendadak. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.


Uniknya emas…

So, berjayakah GCP Kenyalang meyakinkan anda untuk memiliki emas? Harap-harap begitulah.. Jadikan emas sebagai simpanan masa depan anda ok..

Kalau nak start berjinak-jinak dengan emas, call GCP Kenyalang di 016-8691581.. Dan kepada warga Kuching & Samarahan, jumpa jak kamek.. Lagik senang nak cerita.. Wassalam..


No comments:

Post a Comment