Thursday 28 April 2011

Hyperinflasi: Kisah Kegagalan Matawang 9 Negara.

Selama ni, GCP Kenyalang asyik dok posting dari hal kenapa beli emas sampailah ke hal compare ASB vs Emas. Apa kata post kali ni GCP Kenyalang cerita pulak kisah-kisah pelik tapi benar tentang kegagalan Matawang 9 Negara. Di sebabkan info ini asalnya dalam bahasa English, so GCP Kenyalang ambik masa jugak lah nak translate from English to BM (mak aih, habis kamus dwi-bahasa GCP Kenyalang selak!!).

Semua negara di dunia ini tidak dapat lari dari kejatuhan ekonomi, baik US mahupun Jepun. Namun, tidak lah seteruk dialami oleh 9 buah negara yang GCP Kenyalang bakal coretkan. Seperti yang kita ketahui, inflasi ini berlaku disebabkan oleh susutnya nilai matawang sebuah negara. Maka apabila susutnya matawang, secara automatiknya, semua harga barang komoditi pun naik. Tetapi jarang sekali kita mendengar tentang hyperinflasi. Hyperinflasi ini di definisikan sebagai kegagalan ekonomi sesebuah negara sehingga menyebabkan kegagalan nilai matawang negara tersebut. Dengan itu, matawang tersebut terpaksa dimansuhkan, diubah dan kemudiannya digantikan dengan matawang yang baru. Walaupun bunyi nya seperti teori, tetapi ianya telah berlaku. Terdapat pelbagai faktor kegagalan matawang sesebuah negara ini berlaku. Antaranya ialah peperangan yang berterusan, politik, coupe de’tat (rampasan kuasa) dan etc. Kisah tentang 9 buah negara ini adalah contoh di mana matawang negara tersebut sudah mencapai “tiada nilai” dan akhir nya terpaksa diganti dengan matawang yang baru:-


Republik Jerman Weimer (1922 – 1923)


Penghujung 1922, negara Jerman mendapati mereka tidak mampu untuk membayar ganti rugi yang telahditetapkan dalam Perjanjian Versailles. Disebabkan itu, tentera Perancis dan Belgium bertindak menawan kawasan industri utama Jerman. Akibat dari tindakan tentera Perancis dan Belgium menawan kawasan tersebut, para industrialist Jerman menggesa para pekerja Jerman untuk mengadakan mogok. Ini menambahkan lagi tekanan terhadap ekonomi Jerman yang sudah tersedia lemah. Lantas, kerajaan Jerman ketika itu mengambil langkah dengan mencetak wang kertas baru secara berleluasa di dalam usahanya untuk membayar gaji para pekerja dan pada pada masa yang sama membayar ganti rugi yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Versailles. Akibatnya, pengaliran matawang Papiermark menjadi tidak terkawal dan tidak lama kemudian, matawang tersebut dianggap tidak bernilai. Pada tahun 1922, denominasi terbesar untuk Papiermark ialah 50,000. Setahun kemudian, denominasi terbesarnya ialah 100 Trillion!!!! Ini bermakna, tanggal Disember 1923 sahaja, kadar tukaran asing untuk Papiermark dengan US Dollar bersamaan dengan 4.2 Trillion kepada 1. Dianggarkan pada November 1923, kadar inflasi tahunan telah mencapai 325,000,000%!!! Dari peratusan tersebut, jelas menunjukkan bahawa harga barang meningkat setiap 2 hari. Untuk mengatasi masalah ini, matawang Rentenmark diperkenalkan dengan kadar tukaran 1 Rentenmark bersamaan dengan 1 Trillion Papiermark. Selepas itu, kerajaan Jerman meneruskan proses pembayaran ganti rugi yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Versailles manakala tentera Perancis dan Belgium pula bersetuju untuk berundur dari negara tersebut.

Hungary (1945 – 1946)


Pada tahun 1926, Matawang Hungarian Pengo telah diperkenalkan untuk menggantikan matawang Hungarian Korona, seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian Versailles. Apabila berlakunya “The Great Depression”, nilai matawang Hungarian Pengo susut tetapi dalam nilai yang terkawal. Tidak lama kemudian, Perang Dunia Kedua pun meletus dan menyusutkan lagi nilai matawang tersebut. Pada tahun 1944, denominasi terbesar Hungarian Pengo ialah 1,000. Setahun kemudian, 10,000,000 dan pada pertengahan 1946 pula, 100,000,000,000,000,000,000!!!! (mak aih, banyak kosong lagi!!!) Menyedari bahawa dengan situasi hyperinflasi yang makin menjadi dan nilai denominasi yang terlampau besar, 20 tahun kemudian, matawang Pengo digantikan dengan matawang Forint. Langkah ini mendapat perhatian dunia apabila gambar rakyat Hungary membersihkan jalan yang dipenuhi lautan matawang Pengo. Di saat matawang Forint diperkenalkan menggantikan matawang Pengo, kadar tukarannya adalah 400 Octilion Pengo (bersamaan dengan 29 kosong) kepada 1 Forint. Kadar tukaran asing pula bersamaan dengan 11.74 Forint kepada 1 US Dollar. Walaubagaimanapun, kadar inflasi terus meningkat dan kadar tukaran asing mencecah  195.2 Forint kepada 1 US Dollar.


Chile 1971 – 1981


Sejurus selepas Salvador Allende dilantik menjadi Presiden Chile, beliau telah melaksanakan polisi memilik negarakan kesemua peneraju utama industri Chile. Akibat dari langkah tersebut, kerajaan Chile semakin kekurangan duit, dan untuk mengatasi masalah tersebut, Chilean Central Bank telah mencetak matawang baru secara berleluasa. Ini menyebabkan kadar inflasi pada akhir tahun 1972 mencecah 600%, dan akhir tahun 1973, melonjak kepada 1200%. Pada tahun yang sama, Jeneral Augusto Pinochet yang mendapat sokongan dari US telah merampas kuasa dan melaksanakan pemerintahan ketenteraan. Pada tahun 1975, matawang Escudo (1960 – 1975) telah digantikan dengan matawang New Peso dengan kadar tukaran 1,000 Escudo bersamaan 1 New Peso. Selepas itu, ekonomi Chile mula menampakkan pemulihan dan antara langkah nya adalah dengan menjual balik syarikat-syarikat milik kerajaan yang dibeli semasa era pemerintahan Presiden Salvador Allende.


Argentina (1975 – 1992)


Selepas  mengalami pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan rekod dagangan yang berlebihan, Argentina berada dalam kancah ketidakstabilan politik antara Pergerakan Trotskyists dan pihak yang setia kepada Presiden Juan Peron akibat krisis minyak mentah yang berlaku pada tahun 1973. Konflik semakin memuncak pada tahun 1975 apabila pertumbuhan ekonomi Argentina jatuh merudum. Keadaan semakin meruncing apabila kerajaan Argentina enggan meminjam dari Bank Dunia di dalam usahanya untuk mengatasi masalah kekurangan bajet dan dagangan. Pada tahun 1975, 1,000 merupakan denominasi terbesar untuk Argentine Peso. Namun, setahun kemudian, not 5,000 telah diperkenalkan. Tanggal Mac 1976, satu rampasan kuasa oleh pihak tentera telah berlaku, di mana mereka menjanjikan untuk mengembalikan kestabilan ekonomi. Namun, matawang 10,000 Peso telah diperkenalkan dan seterusnya pada tahun 1981, Argentine Central Bank memperkenalkan matawang 1,000,000 Peso. Ekonomi Argentina yang semakin merudum meruncingkan lagi keadaan. GDP Argentina telah menurun sebanyak 12% antara tahun 1982 – 1983, penurunan paling teruk dalam jangkamasa setahun sejak “The Great Depresion”. Matawang Argentina telah dirombak pada tahun 1983, dimana 10,000  Peso ditukarkan dengan 1 Argentino Peso. Namun, pada tahun 1985, matawang Austral telah diperkenalkan bagi menggantikan Peso Argentino dengan kadar tukaran 1 – 10,000. Malangnya, ianya tidak berhenti di situ. Pada tahun 1992, matawang Austral New Peso telah diperkenalkan pula bagi menggantikan matawang Austral dan kali ini pada kadar tukaran 1 – 10,000. Ramai orang menggelar situasi ini sebagai “The March of Zeros” di mana kadar tukaran matawang untuk 1 New Peso bersamaan dengan 100,000,000,000 Peso pada era 1983.


Peru (1988 - 1991)


Pada era 1980an, Peru seperti kebanyakan Negara Amerika Latin mengamalkan polisi perdagangan liberal. Pihak kerajaan telah meningkatkan perbelanjaan umum dan penswastaan syarikat dan  pada masa yang sama tidak mempedulikan jumlah hutang luar negara. Akibatnya, pada akhir tahun 1990, bukan sahaja mengalami pertumbuhan ekonomi Peru semakin menurun, bahkan juga tidak dapat lari daripada hyperinflasi. Apabila hyperinflasi sudah terjadi, pada tahun 1985, kerajaan Peru telah menggantikan matawang Peru “Old” Sol dengan Inti, pada kadar tukaran 1,000 kepada 1. Denominasi terbesar  untuk matawang baru ini ialah 1,000. Dalam 2 tahun sahaja, kadar inflasi bulanan Peru meningkat dari 132% pada September 1988 dan kemudian mencecah 400% pada September 1990. Di dalam usaha untuk mengekang peningkatan harga barang dan perkhidmatan yang semakin menjadi-jadi, matawang fiat dengan nilai 10,000,000 Inti  telah diperkenalkan pada tahun 1991. Namun, kerajan Peru tidak berhenti di situ sahaja di mana sekali lagi kerajaan Peru  memutus untuk memperkenalkan matawang Neuvo Sol bagi menggantikan matawang Inti pada kadar tukaran 1,000,000,000 Inti kepada 1 Neuvo Sol. Hasilnya adalah nilai matawang untuk Neuvo Sol ini adalah 1billion kali lebih berbanding  nilai matawang 6 tahun yang lepas.


Angola (1991 – 1999)


Kisah Angola ini pula bagai jatuh di timpa tangga. Walaupun sekarang Angola dilihat sebagai sebuah Negara yang sedang pesat membangun, tidak lama dahulu Negara Angola terperangkap dalam kancah perang saudara yang berpanjangan dari tahun 1975 – 2002. Konflik tersebut telah melumpuhkan ekonomi dan matawang Angola iaitu, Kwanza. Pada tahun 1991, denominasi terbesar matawang Kwanza ialah 50,000 dan tahun 1994 pula, denominasi 500,000.Namun, Kwanza Readjustado telah diperkenalkan pada tahun 1995 dengan kadar tukaran 1 Kwanza Readjustado kepada 1,000 Kwanzas.  Kwanza Readjustado juga mempunyai denominasi 500,000. Angola menukar matawangnya sekali lagi pada tahun 1999, kali ini matawang New Kwanza. Kadar tukaran matawang tersebut pula ialah 1,000,000 Kwanza Readjustado kepada 1 New Kwanza. Kali ini, matawang New Kwanza adalah 1billion kali lebih berbanding  nilai matawang Kwanzas tahun 1991.


Yugoslavia (1992 – 1995)


Antara tahun 1988 dan 1989, denominasi terbesar Dinar Yugoslavia telah bertukar dari 50,000 ke 200,000. Kemudian, matawang New Dinar telah menggantikan matawang Dinar asal pada tahun 1992 dengan denominasi terbesar ialah 50,000. Namun, pada 1993 denominasi terbesar ialah 10,000,000,000. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah inflasi ini, kerajaan Yugoslavia telah membuang “enam kosong”, bermakna “Newer” Dinar menggantikan “Old” Dinar pada kadar 1 kepada 1,000,000!! Pada januari 1995, harga barang telah meningkat quadrillion peratus dalam masa dua tahun dan akibatnya, matawang Mark Jerman pula yang menjadi matawang Yugoslavia. Pada tahun 1994, dianggarkan hyperinflasi telah mencecah kenaikan 100% sehari! Difahamkan, rakyat Yugoslavia telah mengambil langkah dengan tidak membayar bil selama beberapa minggu hinggalah matawang baru diperkenalkan dengan alasan, mereka dapat membayar dengan nilai yang kelihatan lebih murah.     

Belarus (1994 – 2002)


Sejurus selepas berakhirnya era Perang Dingin, kebanyakan negara di Blok Timur seperti Belarus mula mengalami masalah matawang yang tidak stabil. Selepas baru merdeka dari cengkaman Soviet Union, Belarus dilihat sebagai sebuah negara yang maju jika dibandingkan dengan negara Blok Timur yang lain. Pada tahun 1993, denominasi terbesar Ruble Belorussian ialah 5,000 Ruble. Namun, pada penghujung dekad, denominasinya telah meningkat kepada 5,000,000. Di dalam usaha untuk menangani masalah ini, Kerajaan Belarus telah menukar kepada matawang Ruble baru pada kadar 1 New Rubles kepada 1,000 Old Ruble. Ketika itu, denominasi terbesar untuk New Ruble ialah 100,000 bersamaan dengan 100,00,000 Old Ruble. Kebanyakan rakyat Belarus menyalahkan pemimpin mereka, Lukashenko sebagai penyebab kepada kadar inflasi yang tinggi. Sehingga hari ini, hamper 80% industry negara tersebut masih berada dalam status milik negara.

Zimbabwe (2000-2009)


Apabila Zimbabwe menjadi sebuah negara merdeka pada tahun 1980, Zimbabwe Dollar dinilai lebih tinggi dari US Dollar, pada kadar 1 kepada 1.25. Namun, disebabkan isu rampasan tanah yang berleluasa dan percetakan matawang yang tidak terkawal menyebabkan nilai kadar inflasi Zimbabwe meningkat dengan mendadak. Pada tahun 2004, kadar inflasi mencecah 624. Namun tahun 2005 kadar inflasi menurun ke angka 3 digit dan kemudian naik sehingga 1730% pada 2006. Pada Ogos 2006, matawang Zimbabwe Dollar telah digantikan dengan New Zimbabwe Dollar pada kadar 1 kepada 1,000. Pertengahan 2007, kadar inflasi tahunan meningkat sehingga 11,000%. May 2008 , matawang 100 Juta dan 250 Juta New Zimbabwe Dollar telah diperkenalkan dan kurang 2 minggu selepas itu, matawang 500 Juta ZWD telah diperkenalkan (bersamaan dengan USD 2.50). Kurang seminggu kemudian, 5 Billion, 25 Billion dan 50 Billion ZWD diedarkan dan kemudian, 100 Billion pula diedarkan pada Julai 2008. Namun, menjelang Ogos 2008, kerajaan Zimbabwe telah mengambil langkah dengan memansuhkan “10 kosong” daripada matawangnya, dan 10 Billion ZWD bersamaan dengan 1 New ZWD. Dianggarkan kadar inflasi tahunan Zimbabwe mencecah 500 quatilion (18 kosong) dengan kadar bulanan 13 billion peratus.

Walaupun kisah kegagalan matawang 9 negara ini pelik, tetapi ianya benar dan berkemungkinan besar akan berlaku lagi. Apabila hyperinflasi berlaku pada sesebuah negara, kita dapat melihat peningkatan “angka kosong” baik pada matawang mahupun peratusan inflasi. Dari kisah tersebut juga, ianya dapat mengajar kita bahawa antara faktor utama berlakunya hyperinflasi adalah disebabkan oleh konflik peperangan yang berpanjangan, ketidakstabilan politik negara, pemimpin yang tidak cekap dalam mengurus ekonomi sesebuah negara dan banyak lagi. Jadi, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah-kisah ini. Better late then never….

No comments:

Post a Comment