Thursday 5 May 2011

Sayangi Wang Anda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mesti anda pelik dengan tajuk di atas kan? Selalunya GCP Kenyalang mesti cerita pasal emas, emas, emas.. Kali ni nak suruh sayang wang pulak.. Dah tak nak suruh beli emas ke??? Apa kes??? Hehehe.. Oklah, let me explain..

GCP Kenyalang ingat lagi masa mula-mula beli emas.. Kena keluarkan buku kesayangan GCP Kenyalang iaitu buku ASB dan withdraw duit.. Lepas withdraw, sedih pulak tengok balance kat buku tu.. Tapi, once dapat emas di tangan, GCP Kenyalang rasa gembira sangat sangat la pulak.. Kenapa??? Sebab GCP Kenyalang sedar dengan menukar wang kepada emas, ini tandanya GCP Kenyalang sayangkan wang GCP Kenyalang..

Bayangkan, kalau GCP Kenyalang biar je wang dalam ASB, ia akan terdedah kepada inflasi.. Nanti berkurang pulak nilainya.. Tapi bila GCP Kenyalang convert wang tersebut kepada safe haven iaitu emas, nilainya akan terus meningkat.. Setuju tak?

Jadi, apa lagi? Kalau anda sayang wang anda dan tak sanggup melihat nilainya susut, tukarkan wang anda kepada emas.. Itulah tindakan yang paling bijak.. Sayangilah wang anda, sayangilah emas anda..

No comments:

Post a Comment