Sunday 15 May 2011

Ar-Rahnu Agrobank Tak Terima Gold Bar?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Wah! Hot hot hot! GCP Kenyalang baru dapat berita yang Agrobank dah tak nak terima gold bar lagi untuk pajakan.. Dulu Bank Rakyat menghentikan penerimaan gold bar sebab ada pihak yang terlalu 'bijak & kreatif' menjalankan skim-skim emas yang tak betul.. Sekarang Agrobank pulak tak terima.. Kenapa ye? Ni antara jawapannya..
1. Terlalu ramai yang memanipulasi dan menyalahgunakan konsep ar-rahnu
3. Terlalu banyak gold bar dalam simpanan Agrobank (melebihi kuota.. sepatutnya 30% je gold bar)

Inilah akibatnya jika orang terlalu ghairah membeli emas semata-mata untuk dipajak.. Ada yang guna teknik merempit emas, teknik 30/70, teknik overlap dan sebagainya.. Sekarang siapa yang susah??? Orang yang memang betul-betul nak memajak kerana perlukan duit..

That's why GCP Kenyalang selalu nasihatkan anda supaya SIMPAN emas.. Bukan beli emas untuk dimanipulasi.. Pajak hanya bila anda betul-betul terdesak.. Bukan untuk menggandakan emas..

Kenali dan dalami ilmu emas dulu ok.. Jangan dengar je cakap orang.. Bila orang kata beli emas dapat untung besar, anda pun beli emas.. Orang kata pajak dapat lebih banyak untung, anda pun ikut juga.. Educate diri anda dulu.. Emas memang menguntungkan, tapi dalam jangka masa yang panjang.. Emas ialah aset yang bernilai, so sentiasa pegang aset anda itu..

Sekali lagi GCPK ingin anda hayati Sabda Rasulullah s.a.w.. Baginda menyarankan agar kita MENYIMPAN emas.. So, jika anda masih lagi tertanya-tanya apa yang boleh anda buat dengan emas, ikut saja Sunnah Baginda.. Pastinya itu adalah jalan yang terbaik.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment