Wednesday 26 December 2012

Personal Loan & Emas – Pandangan Peribadi

Assalamualaikum semua,

Sejak akhir-akhir ni ramai yang bertanya dengan GCP Kenyalang whether it’s wise to take up personal loan dan beli emas.. So, first thing’s first..

Apa itu personal loan?
· Pinjaman yang diberikan oleh bank
· Interest rate : fixed / floating
· Tempoh pinjaman : 1 tahun – 15 tahun
· Pembiayaan : RM10,000 – RM200,000

Apa yang anda perlu tahu tentang personal loan? Jom kita tengok calculation di bawah..

Contoh:
Jumlah Pinjaman (JP) = RM100,000
Kadar Faedah (KF) = 5.50% per annum
Tempoh Pinjaman (TP) = 15 tahun
Bayaran Bulanan = RM1,013.89/bulan

Cara nak calculate bayaran bulanan..

Bayaran Bulanan = [(JP x KF x TP) + JP] ÷ (TP x 12)


Nak tau berapa jumlah sebenar yang kita kena bayar balik kepada bank based on pinjaman di atas???


RM1,013.89 x 12 bulan x 15 tahun = RM182,500 !!!


So, kadar faedah sebenar yang dicaj oleh pihak bank adalah...


(RM182,520 – RM100,000) ÷ RM100,000 x 100 = 82.5% !!!


Untuk memudahkan pengiraan, formula dia simple je..


Jumlah Kadar Faedah = Kadar Faedah x Tempoh Pinjaman


In simple words, let’s say anda beli emas menggunakan wang yang diperoleh hasil daripada pinjaman bank, hanya jika harga emas meningkat lebih daripada jumlah kadar faedah yang dicaj oleh pihak bank, barulah anda boleh mendapat keuntungan.. Kalau kita ambil contoh di atas, jika harga emas meningkat lebih daripada 82.5%, then only you’ll profit..

 

As for my personal opinion, GCPK rasa lebih selamat dan lebih tenang hidup kalau beli emas mengikut kemampuan semasa kita.. Tak perlu buat loan.. Why?

  • Bila kita buat loan, hutang bertambah.. Liabiliti bertambah..
  • Hanya buat personal loan bila perlu.. In other words, buat loan bila terdesak dan perlu duit.. Lagi pendek tempoh pinjaman lagi bagus..
  • Better concentrate on loan lain seperti loan rumah.. Beli rumah dulu, then think about other things.. Bak kata Mark Twain, “Buy land, they're not making it anymore!”
  • Semua hutang anda direkodkan oleh Bank Negara Malaysia.. Bila banyak sangat hutang, susah bank nak luluskan permohonan loan yang lain..

 

And my best points would be..

  • Naik turun harga emas is not under our control..
  • Kalau kita tengok sejarah harga emas seperti di bawah, there are years where harga emas remains static ataupun yang lagi teruk, menurun..
  • For example from 1982 to 2002, percentage kenaikan was very minimal ataupun tak ada langsung.. Anda boleh kaji sendiri..
  • So, kalau anda buat loan untuk tempoh selama 15 tahun, anda sure dan betul-betul sure ke harga emas akan meningkat lebih daripada interest bank? Tepuk dada, tanya selera..

 


Bagi GCPK, never gamble for something which is not certain.. Elok-elok takde hutang & ada simpanan emas sikit-sikit, tak semena-mena kena tanggung hutang.. Hutang tu pulak tak tau la end result dia camana.. Either untung atau rugi.. As they say, every investment is risky..

Ada jugak yang bagitau guna emas yang ada tu untuk bayar monthly instalment loan tersebut.. Kiranya tak perlu keluar duit sendiri.. Laaa.. Part ni la yang paling company emas suka.. Every month dapat buyback emas.. Profit company makin hebat, anda pulak still menanggung hutang.. Jadi lepas habis tempoh pinjaman tu, agak-agak berapa banyak emas yang tinggal? Kalau simpan bulan-bulan secara konsisten pulak, agak-agak berapa banyak emas yang anda ada dalam tempoh yang sama? Think.. Think.. Think..

Tapi kalau buat personal loan utk bukak company emas sendiri dan jual emas brand sendiri tu lain cerita la.. In short jadi tokey emas yang sebenar dan meniaga emas.. Baru berbaloi buat loan.. Kalau setakat buat loan, beli emas and hope for the best (berharap harga emas naik), then think and think again whether it’s wise to do so..

So ladies & gents, I’ve said my views.. Terpulang kepada anda untuk melihat subjek ni sebagai positive ataupun negative.. Kaji betul-betul sesuatu method before you make any decision.. Because at the end of the day, you and only you who will bear the risk..

Obviously GCPK akan tersenyum lebar kalau ada yang buat loan RM50k ke, RM100k ke, RM200k ke (WOW!), dan beli emas daripada GCPK.. Untung giler beb! Tapi, GCPK pulak yang rasa tak senang hati cos I prefer my customers to really give it a thought.. Think carefully.. After all, GCPK lagi suka kalau anda dapat achieve financial freedom daripada anda menanggung hutang whereas GCPK pulak syok dapat untung sorang-sorang.. InsyaAllah GCPK tak akan take advantage daripada kesusahan orang lain.. :)

So, together we strive to achieve financial freedom.. Takde hutang, hati pun senang.. Walaupun dapat beli emas sikit-sikit je setiap bulan, janji ada simpanan emas.. Tak perlu pening kepala risau pasal hutang.. Bahagia hidup kan???
 

2 comments:

  1. gcp penipu. harga emas RM150 1 gram. gcp jual RM201

    ReplyDelete
  2. Harga spot price emas 999 RM154/g skrg.. Ni harga emas mentah.. Yg x diproses lagi.. Sama jugak cam minyak mentah.. X sama harga dia bila dh diproses jd petrol kan?

    Harga gold bar gcp 1g = RM201.. Tau x yg kos utk membuat gold bar 1g, 10g, 20g, etc. sama je? So kalau makin berat, makin murah per gram.. Sama gak cam beli barang sikit ataupun borong.. Borong lebih murah kan? Cuba tgk gold bar yg 10g tu.. RM179/g.. Kalau 50g, RM174/g je..

    Senang cerita, boleh check gak kat kedai emas mcm habib jewels, tomei, poh kong, wah chan, etc. Try tanya brp harga 1g gold bar yg diorang jual..

    X baik terus tuduh gcp penipu.. Siasat dulu.. :)

    Tq for reading my blog..

    ReplyDelete