Saturday 30 July 2011

Krisis Kewangan Amerika Syarikat

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog GCPKenyalang.. Kali ini, nak kongsi bersama para pembaca artikel nie pasal Tun Mahathir mengenai Amerika Syarikat.... GCPKenyalang agak suka dengan Tun sebab beliau agak berterus terang dan berkasar sikit kalau berkaitan dengan Amerika Syarikat ni. Kalau ada benda dia tak suka, memang dia hentam"kaw kaw" je kat Amerika Syarikat ni. Saya rasa, semua presiden dan perdana menteri Amerika Syarikat takut dengan Tun Mahathir.





--------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 23 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia.
Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.
”AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.
”Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),” katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Secara sinikal Mahathir berkata, seandainya Malaysia mengalami kedudukan ekonomi yang sama seperti AS, sudah lama negara ini diisytiharkan bankrap.
Bagi menutup kelemahan mereka, AS terus sibuk memperjuangkan demokrasi liberal di Iraq, Afghanistan dan terbaharu di Libya.
Beliau berkata, negara-negara kaya selalu berada dalam radar persaingan sesama sendiri tetapi masih gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang baru muncul.
”Negara-negara kaya ini selalu mendesak supaya negara-negara lain melakukan perubahan dan sasaran mereka adalah negara-negara kecil dan miskin.
”Tetapi, apabila melihat keadaan ekonomi negara-negara itu sekarang, nampaknya mereka juga tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka.
”Kegagalan mereka (kendalikan kewangan) menyebabkan negara-negara kecil turut merasai krisis ekonomi yang berpunca daripada mereka,” tambahnya.
Sambil memberi contoh, Mahathir berkata, selain AS, Greece masih lagi dibelenggu dengan krisis hutangnya.
”Satu-satunya negara yang tidak menerima kesan daripada apa yang berlaku di negara-negara kaya ialah China.
”Sebaliknya, dengan kekayaan yang dimiliki China sekarang, negara itu mampu membeli bon-bon di AS,” tambah beliau.
--------------------------------------------------------------
Artikel tersebut bertarikh 23 Jun 2011 dan sekarang pulak, Amerika Syarikat berdepan pula dengan krisis kewangan yang semakin meruncing.... Semua pihak tertumpu dengan tarikh keramat 2hb Ogos ini apabila US Treasury mengumumkan bahawa mereka tidak mampu lagi untuk membayar semua hutang akibat daripada kehabisan wang.... Senang cerita, bankrap lah.... 

Situasi ini di diburukkan lagi dengan pihak Demokrat dan Republikan masing-masing belum lagi mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah ini... Seperti yang kita ketahui, Pihak Demokrat (Presiden Obama) ingin menyelesaikan masalah ini dengan melakukan spending cut dianggarkan sebanyak USD100 Billion serta meningkatkan revenue dengan menaikkan cukai terhadap syarikat-syarikat korporat. Dengan cara ini, siling hutang sebanyak USD14.6 Trillion tidak perlu diubah dan Amerika Syarikat mempunyai masa sehingga 2013 untik membetulkan keadaan.... Pihak Republikan pula bertegas untuk menyelesaikan masalah ini dengan melakukan spending cut tanpa menaikkan cukai terhadap syarikat-syarikat korporat serta menaikkan siling hutang sebanyak USD2.7 Trillion..... Sekiranya cara ini dilaksanakan, maka Amerika Syarikat hanya mempunyai masa sehingga 2012 untuk memulihkan ekonomi.... 
Harga emas pula terus menunjukkan trend bullish yang memberangsangkan akibat dari kebimbangan para pelabur terhadap situasi yang melanda Amerika Syarikat..... Ramai yang menjangkakan bahawa harga emas akan terus meningkat secara mendadak sekiranya Amerika Syarikat diisytiharkan bankrap minggu depan.... Kalau macam nie lah cerita nya... untunglah kepada sesapa yang beli emas minggu nie....

Sekiranya pihak Demokrat dan Republikan mampu mencapai kata sepakat, maka harga emas dijangka turun..... whenever an agreement is reached, there will be a price correction in gold.... 

Namun, harus diingatkan juga bahawa krisis kewangan bukan sahaja tertumpu di Amerika Syarikat sahaja.... Eropah pula juga dengan masalah nya yang tersendiri.... Baru-baru ini, EU telah menyelamatkan Greece dengan melakukan "bail-out" untuk kali kedua terhadap Greece dalam usahanya untuk menstabilkan nilai matawang Euro.... Malangnya, negara seperti Itali dan Sepanyol juga dilihat bakal menerima nasib yang sama seperti Greece akibat daripada hutang lapuk yang tidak terbayar.... 

Di sini, GCPK dapat simpulkan bahawa sekiranya Amerika Syarikat mampu untuk menyelesaikan hutang siling mereka, penyelesaian tersebut hanyalah untuk jangkamasa yang pendek sahaja.... Harga emas dijangka akan turun namun untuk sementara sahaja.... Ini adalah disebabkan oleh ekonomi Eropah yang semakin meruncing.... tambah lagi sekarang, permintaan emas pula semakin meningkat tertamanya dari negara China dan India..... Baru-baru ini, negara Arab juga berminat untuk menambahkan lagi simpanan emas mereka.... Disebabkan oleh kesedaran akan kepentingan emas dalam menstabilkan ekonomi sesebuah negara.....

So, buat para pembaca..... buat apa tunggu lagi.... startlah mengumpul emas..... tak payah tunggu harga emas jatuh..... Sekarang harga emas dah mencecah USD1,627.2.... Jangan baru nak beli emas bila harga emas meningkat USD2,000 per auns.... Fikir-fikirkan lah..... Wassalam....

No comments:

Post a Comment