Wednesday, 11 July 2012

Tahukah Anda??

Tahukah anda?

30% daripada yuran keahlian RM1,000 utk menjadi dealer GCP disalurkan kepada pembinaan masjid / pusat tahfiz dan badan kebajikan yang lain.. InsyaAllah... Sambil kita menyimpan, melabur dan meniaga emas nih.... Sambil tu jugak lah kita beramal dan menyumbang.. Bukan kat orang lain jugak, tapi dengan saudara seagama kita... Bak kata Boss besar GCP En Shamsul Anuar, "The more you give, the more you get..." Terbaik dari En Shamsul Anuar!!!








Posted via DraftCraft app

Monday, 9 July 2012

Kelebihan Menyertai Goldcrest Pavilion

Assalamualaikum...

Selepas seminggu meratapi kekalahan teruk Itali against Spain dalam final Euro 2012, barulah GCPK berkesempatan menguatkan semangat dan hati menghadap blog nih...



Seperti yang dijanjikan, GCPK nak kongsi plak kali ni dgn pembaca setia akan kelebihan menyertai Goldcrest Pavilion.. Mesti pembaca asyik tertanya-tanya apalah yang best tahap gaban GCP ni kan??!! Tapi sebelum tu biar GCPK intro sikit kat pembaca tentang GCP nih..


Goldcrest Pavilion ni adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputera sepenuhnya dan beribu pejabat di Nilai, Negeri Sembilan. Ditubuhkan secara rasmi & diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 26 Mac 2009. GCP Menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

Apa yang Menarik Tentang GCP?

Satu jer jawapan GCPK.... EMAS MURAH!!! Camne nak dapat emas murah?? Jom lah join GCP!!!

Camne nak join GCP?? Bayar yuran keahlian seumur hidup dengan GCP sebanyak RM1,000 JER.... Kenapa GCPK cakap JER.... Sebabnye dengan RM1,000 tu, anda akan dapat banyak faedah dan kelebihan sebagai pengedar sah GCP... Meh GCPK story kat para pembaca dengan hanya RM1,000 tu, apa yang kita dapat..

1. Dengan hanya RM1,000, anda dapat membeli emas dengan harga yang rendah. Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP).

Dengan erti kata lainnya, anda dapat kelebihan seperti tokey kedai emas dengan hanya RM1,000 sahaja!!! Beli emas dengan harga yang murah, dan jual semula kepada pelanggan anda dengan harga yang competitive...


Dealer GCP = Emas Murah

2. Dengan hanya RM1,000, modal disediakan dalam bentuk stok emas kepada anda. Pihak GCP akan menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar TANPA sebarang kos penghantaran.



3. Dengan hanya RM1,000, modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual. Pihak GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar GCP & pamp suisse dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

4. Dengan hanya RM1,000, pihak GCP menyediakan modal tunai untuk membeli emas terpakai. Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.


5. Dengan hanya RM1,000, pihak GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran (percuma) ke seluruh Malaysia. Pihak GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Poslaju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6. Dengan hanya RM1,000, pihak GCP juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti mencuci emas (percuma), mencelup emas (kos minima), menilai harga emas terpakai (percuma) dan teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan ar-rahnu (percuma)

7. Dengan hanya RM1,000, pihak GCP juga menyediakan Kursus Usahawan Emas secara percuma. Kursus tersebut akan dianjurkan setiap hari sabtu ke-2 dan ke-4 bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Untuk pengedar yang berada di luar kawasan ibu-pejabat GCP pula, anda hanya perlu menyediakan tempat khusus tersebut dan segala perbelanjaan menganjurkan khusus tersebut ditanggung pihak GCP!!



8. Dengan hanya RM1,000, anda layak mendapat Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Insentif ini ialah dimana pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-

Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Komisyen RM1.00/gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Jangan risau, GCP bukan perniagaan MLM dan tidak menjanjikan pulangan bulanan atau dividen.. Tak perlu cari downline pun xpe.. Anda beli emas, anda untung.. Kalau anda simpan emas pun, anda untung jugak.. Tapi kalau anda jual emas, anda LAGI untung!!!



Apa tunggu lagi??? Jadilah rakan dealer GCP Kenyalang sekarang!!! Jika masih ragu-ragu, hubungi GCP Kenyalang di 016-8691581..

PENUTUP
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda;

Sunday, 1 July 2012

Buy Low, Sell High.. Untung Banyak Ke?

Assalamualaikum semua,

Well, petang ni GCP Kenyalang ter'inspired' lagi nak menulis.. Semenjak emas boom 2-3 tahun kebelakangan ni, pelbagai cara yang orang gunakan untuk promote emas.. One of the ways is by telling people yang emas merupakan satu instrumen pelaburan yang baik.. In other words, kita boleh untung melalui buy low, sell high.. Tapi, betul ke kita akan dapat banyak untung melalui kaedah ni??? Jom kita sama-sama analyze..


 
Before that, GCPK akan gunakan harga Kijang Emas untuk tujuan pengiraan sebab senang.. Info semua ada kat web Bank Negara Malaysia.. :)

Katakan A mula berjinak-jinak dengan emas early January 2009.. Dia pun semangat beli 1oz KE pada 2/1/2009.. Harga pada masa tu RM3,239..

A target untuk jual balik KE tersebut dalam masa setahun.. Fast forward ke 2010, A pun jual balik pada 15/01/2010.. Harga buyback pada masa tu ialah RM3,894..

Gembira gila A ni sebab hasil pelaburan dia, A dapat keuntungan sebanyak RM655 ataupun 20.22%!!! Kalah ASB ataupun investment yang lain..

Bila dah seronok tu, A pun berhajat nak beli lagi masa harga tengah rendah.. So, pada 31/3/2010 dia rembat lagi satu.. Harga pada masa tu ialah RM3,831.. A pun berkira-kira.. Cukup setahun, nak jual balik..

Tengok-tengok early March harga tengah cantik.. A pun jual on 2/3/2011 pada harga buyback RM4,442.. Untung lagi RM611 ataupun 15.95%!!!

Fuh, dalam hati A makin berkobar-kobar nak beli emas.. Tunggu harga rendah sikit, rembat lagi.. So pada 17/3/2011 A beli dengan harga RM4,524..

Tak cukup setahun, harga emas tengah menggila pada bulan September 2011.. 6/9/2011 menjadi tarikh keramat buat A bila dia jual balik pada harga RM5,781.. Gembiranya A bila dapat untung RM1,257 ataupun 27.79%!!!

But, wait a minute.. Betul ke apa yang A buat selama ni dengan buy low, sell high??? Dia dapat keuntungan yang maksimum ke??? Jom tengok calculation ni..

Belian A:
02/01/2009 - RM3,239
31/03/2010 - RM3,831
17/03/2011 - RM4,524
Total Belian = RM11,594

Jualan A:
15/01/2010 - RM3,894
02/03/2011 - RM4,442
06/09/2011 - RM5,781
Total Jualan = RM14,117

Untung Sebenar A = RM2,523

What if A peram je 1oz tu & tak perlu susah-susah nak jual balik every year? Beli pada 02/01/2009 and jual pada 06/09/2011??? Tau tak berapa untung A? RM2,542 @ 78.48%!!!

So, apa relevan nya buy low, sell high ni sebenarnya? Harga emas turun, beli.. Bila naik, jual.. Lepas tu harga turun lagi, beli.. Harga naik, jual.. And the cycle goes on.. When in actual fact, kalau peram je pun akan dapat untung yang sama.. That's why bagi GCPK if we look at gold as an investment, it's actually a one off investment.. In the end, emas takde dalam pegangan kita..

Still, we have to keep in mind.. Harga emas is unpredictable.. Sentiasa berubah-ubah.. Nobody can be sure how gold will perform tomorrow, or even in the next 10 minutes.. That's why every investment has a risk..

Tapi bagi penjual emas ataupun penyimpan tegar emas, harga naik ke, turun ke, takde hal nya.. Sentiasa happy je.. Penjual emas tetap happy sebab jual emas dapat untung, penyimpan emas tetap happy sebab ada simpanan emas.. Rasa selamat je..

So, renung-renungkanlah wahai pembaca semua.. Once dah ada emas tu, simpan je.. When the time comes, when you really need the money, baru jual.. Bahagia hidup.. Hehe.. Kalau rasa-rasa cam nak menambah simpanan emas tu, roger je GCPK.. InsyaAllah, anda akan dapat harga terbaik.. :)

Sekian saja.. Wassalam..

Macammana Nak Dapat Untung Dari Emas??

Assalamualaikum..

Mesti ramai pembaca setia yang tertunggu-tunggu coretan GCPK tentang topik nih!!! Ehehehe... Setiap kali apabila GCPK buat table talk (TT) dengan mana-mana prospek GCPK, ni lah soalan yang paling lazim GCPK dengar.. "Macamana nak dapat untung dari emas??"



Haaa..... Meh GCPK terangkan.... Kalau pembaca nak tahu, salah satu cara untuk mendapatkan keuntungan emas ni selain daripada pelaburan adalah dalam bentuk perniagaan.. Kenapa GCPK memilih perniagaan dari pelaburan?? Sebabnya dalam perniagaan, keuntungan kita tidak bergantung dengan kenaikan atau penurunan harga emas.. Kenapa GCPK berpendapat demikian?? Ehehe.. Sebabnya, tak kiralah harga emas naik ataupun turun, customer tetap lock harga dengan GCPK.. Lagipun, emas yang GCPK jual jauh lebih murah dari harga kat kedai emas..



"Macamana nak start perniagaan emas nih?? Bukan perlu kos yang besar ke??" Ahaaa.... Soalan nih pun memang soalan famous yang seringkali kedengaran dari mulut prospek jugak.. Kalau pembaca nak tahu, sebab tu lah GCPK join syarikat Goldcrest Pavilion.. Sebabnya adalah, platform yang disediakan oleh GCP ni bukan sekadar untuk menjadi dealer semata-mata.. Tetapi lebih memberi peluang kepada dealer untuk memulakan perniagaan emas masing-masing.. Dari segi modal pulak, kos untuk menjadi dealer GCP ni hanya berjumlah RM1,000 jer... Takde lah sampai berpuluh ribu kan....

Ingat, kita berniaga ni bukan hanya menjual produk, tetapi menjual imej serta "trust" kepada customer. So, bila dah jadi dealer tu, try lah beli produk kecik-kecik dulu.. GCPK ingat gi time mula-mula dalam perniagaan emas ni.. Antara produk terawal yang GCPK beli adalah dinar dan gold bar 10g.. Bila dah ada produk, baru boleh tunjuk kat customer.. Kalau takde produk, macamana customer nak percaya.. Betul tak!!! Ehehe..

"Kalau takde orang yang beli camana plak?? Ehehehe... Takde hal... Kalau takde orang beli pun, emas tu kita yang punya.. Just treat it as if kita menyimpan emas.. Ingat, semakin lama kita simpan, semakin tinggi nilai emas tu.. Tambah lagi emas ni takde expiry date.. So sampai bila-bila pun emas ni laku...

Haa.. Camne?? Best tak join GCP!!! Dengan keahlian tersebut, kita dapat macam-macam kelebihan.... Kalau pembaca nak tahu kelebihan menyertai GCP plak, kenalah tunggu posting GCPK yang seterusnya!!!!

Wassalam...


Saturday, 30 June 2012

Ada Apa Dengan Spread???

Assalamualaikum semua,

Hari ni GCP Kenyalang ter'inspired' pulak nak menulis pasal spread.. :)

Lately pelbagai syarikat emas yang ada  kat market.. Setiap syarikat ada pros & cons nya sendiri.. Masalahnya ada certain dealers yang terlalu taksub dengan syarikat yang mereka sertai.. So bermulalah sesi perbandingan harga emas yang mereka jual, dan yang paling suka di'highlight'kan adalah word keramat iaitu SPREAD..

GCPK mengaku masa mula-mula terjebak dengan emas ni, GCPK ambik kisah jugak la pasal spread.. But as time goes by, semakin banyak ilmu emas yang GCPK dapat thru reading and berguru dengan otai-otai emas yang betul-betul otai lah.. Respect! So, ada apa sangat la dengan spread sebenarnya..

Spread penting hanya untuk investor emas.. Dan tak penting langsung untuk penyimpan emas atau lebih dikenali sebagai golongan yang betul-betul faham tentang kepentingan emas..

For example sebagai pelabur emas, intention sebenar membeli emas adalah untuk mendapatkan untung daripada hasil buy low, sell high.. So once harga emas sampai kepada harga yang di'target'kan, dia pun jual.. What happens when tak sempat nak  jual, wang kertas pulak dah tak laku??? Takkan nak tukar emas jadi kertas semata-mata??? So, apa relevannya spread di sini?

That's why GCPK lebih suka highlight pasal kepentingan simpanan emas kepada customer.. Emas tidak akan membuat kita kaya serta-merta, tetapi emas melindungi kekayaan kita.. We'll never know what's gonna happen in the future.. Economy can collapse, economy can be bullish, tapi yang paling penting kita ada simpanan emas.. Bawak lah emas ke negara mana pun, you'll live.. Try bawak duit kertas Ringgit Malaysia kat luar, tengok negara mana yang akan accept.. At the end of the day, the one with gold will be the winner..

One more thing, tak perlu kecoh-kecoh pasal spread jual balik kat company.. Sekarang ni orang dah makin bijak beb.. Banyak platform untuk jual balik emas mereka.. Apa barang jual balik kat company??? Creative la sikit.. Your gold, you decide.. Nak letak harga semasa ke, nak diskaun sikit-sikit ke, nak untung banyak ke, nak untung sikit ke.. Your choice.. You punya emas maa..

Harap-harap pembaca GCPK ni faham dengan apa yang nak disampaikan.. Istilah spread tu takde maknanya.. Yang paling bermakna kalau anda bijak emas dan ada simpanan emas.. 1g sebulan ke, 1 dinar sebulan ke, 10g sebulan ke.. Ikutlah mana yang korang mampu.. Janji simpan emas..



Itulah saja dari GCPK hari ni.. Come on, sama-sama kita celik emas.. Wassalam..

Thursday, 28 June 2012

Simpanan 1g Gold Bar Berbaloi ke??

Salam untuk semua pembaca setia blog GCP Kenyalang nih.. Kali ni GCPK nak highlight pasal simpanan 1g gold bar ni berbaloi ke?? Pihak GCP telah mengeluarkan 1g gold bar pada awal tahun 2012.. Tujuan dengan adanya produk 1g gold bar ni adalah selaras dengan objektif GCP untuk menjual emas dengan harga berpatutan serta menggalakkan masyarakat kita menyimpan emas..






1g Gold Bar GCP

Tapi ramai jugak yang bertanya kat GCPK, berbaloi ke beli 1 gram gold bar ni sebab spread dia tinggi.. So, GCPK tanya balik kat orang tu, spread penting ke kalau kita hanya sekadar simpan emas?? Betul tak?? Setiap individu berbeza portfolio.. Ada yang nak buat simpanan, ada pulak yang berminat dengan pelaburan dan ada jugak yang lebih gemar jadi tokey emas (perniagaan).. tu terpulang kat kemampuan masing2..

GCP lebih menekankan agar masyarakat kita mula menyimpan emas.. Sebabnya, dari mula menyimpan emas kita boleh upgrade to another level seperti pelaburan dan perniagaan emas.. Macam mana nak melabur emas kalau emas tu tak ada.. Macam mana nak menceburi perniagaan emas kalau emas tu kita tak ada.. Betul tak??

So, apabila orang mengeluarkan hujah bahawa membeli gold bar 1g tersebut tidak berbaloi, GCPK menganggap kenyataan tersebut berat sebelah.. Hujah spread sering dijadikan isu.. Sebab itu GCPK tekankan, apa kepentingan spread sekiranya kita sekadar menyimpan emas.. The only way to preserve the value of your gold is by keeping it.. Tak kira lah sekiranya emas yang kita miliki beratnya hanya 1g pun..

Dengan 1g tu, ianya mampu untuk membuka hati masyarakat kita akan kepentingan emas.. Seperti yang diketahui, masyarakat kita (orang Islam khususnya) tidak mampu nak commit beli emas bulanan tidak kiralah dinar ataupun gold bar 5g dan ke atas.. Sebab tu lah GCP memperkenalkan produk 1g gold bar.. Katakanlah azam kita tahun 2013 nanti nak kumpul 12g gold bar bersamaan dengan 1g gold bar utk setiap bulan.. Walaupun bagi pembaca 12g tu tak seberapa mana.. Well, bagi GCPK, its better than nothing.. Tambah lagi raya pun just around the corner, apakata raya ni bagi "angpau" 1g gold bar kat anak kita.. Bagi pendedahan dan ilmu tentang emas supaya generasi kita nanti celik emas.. Mana tahu, kot-kot lagi success jadi peniaga emas.. Insyaallah..

Tapi ada jugak yang bertanya kat GCPK, "Kalau simpan emas jer, macamana nak untung??" Haa.. kalau nak tau jawapan GCPK untuk soalan tersebut, nantikan entri GCPK dalam masa terdekat nih..

Wassalam..



Tuesday, 26 June 2012

Mulakan simpanan 1 gram gold bar GCP untuk setiap bulan

Assalamualaikum utk semua para pembaca setia GCPK nih.. dah lama GCPK x mencoret kisah kat sini.. sibuk plak dgn offline marketing & settlekan rumah sewa GCPK kat Samarahan tu..




Haa.. nak join program simpanan 1 gram gold bar GCP untuk setiap bulan tak?? untuk tahun nih, GCPK target nak kumpul 6 gram gold bar (6 x 1 gram gold bar), 1 gram untuk setiap bulan. Mesti ramai yang tertanya2... apa celup 6 gram jer kan... takper, yang pentingnya hujung tahun ni GCPK dah ada 6 gram... well, better than nothing kan... untuk tahun 2013 plak, GCPK target 12 gram plak...

Bak kata pepatah "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.."



Apa lagi, dah dapat peluang keemasan ni.. jangan tunggu lagi, mari mulakan simpanan emas dengan 1 gram gold bar mampu milik.. Jangan risau, GCPK offer best price untuk pembaca setia GCPK.

Bagi sesiapa yang berminat dan terbuka hati nak menyimpan emas tu, sila-silalah contact GCPK kat no. hp 0168691581 @ 0139227122 atau pm GCPK di GCPKenyalang..

p/s:- malam ni GCPK kena tido awal, nak tgk semi-final EURO antara Spain dan Portugal.. Apa-apapun, Forza Azzurri!!!