Thursday, 28 June 2012

Simpanan 1g Gold Bar Berbaloi ke??

Salam untuk semua pembaca setia blog GCP Kenyalang nih.. Kali ni GCPK nak highlight pasal simpanan 1g gold bar ni berbaloi ke?? Pihak GCP telah mengeluarkan 1g gold bar pada awal tahun 2012.. Tujuan dengan adanya produk 1g gold bar ni adalah selaras dengan objektif GCP untuk menjual emas dengan harga berpatutan serta menggalakkan masyarakat kita menyimpan emas..






1g Gold Bar GCP

Tapi ramai jugak yang bertanya kat GCPK, berbaloi ke beli 1 gram gold bar ni sebab spread dia tinggi.. So, GCPK tanya balik kat orang tu, spread penting ke kalau kita hanya sekadar simpan emas?? Betul tak?? Setiap individu berbeza portfolio.. Ada yang nak buat simpanan, ada pulak yang berminat dengan pelaburan dan ada jugak yang lebih gemar jadi tokey emas (perniagaan).. tu terpulang kat kemampuan masing2..

GCP lebih menekankan agar masyarakat kita mula menyimpan emas.. Sebabnya, dari mula menyimpan emas kita boleh upgrade to another level seperti pelaburan dan perniagaan emas.. Macam mana nak melabur emas kalau emas tu tak ada.. Macam mana nak menceburi perniagaan emas kalau emas tu kita tak ada.. Betul tak??

So, apabila orang mengeluarkan hujah bahawa membeli gold bar 1g tersebut tidak berbaloi, GCPK menganggap kenyataan tersebut berat sebelah.. Hujah spread sering dijadikan isu.. Sebab itu GCPK tekankan, apa kepentingan spread sekiranya kita sekadar menyimpan emas.. The only way to preserve the value of your gold is by keeping it.. Tak kira lah sekiranya emas yang kita miliki beratnya hanya 1g pun..

Dengan 1g tu, ianya mampu untuk membuka hati masyarakat kita akan kepentingan emas.. Seperti yang diketahui, masyarakat kita (orang Islam khususnya) tidak mampu nak commit beli emas bulanan tidak kiralah dinar ataupun gold bar 5g dan ke atas.. Sebab tu lah GCP memperkenalkan produk 1g gold bar.. Katakanlah azam kita tahun 2013 nanti nak kumpul 12g gold bar bersamaan dengan 1g gold bar utk setiap bulan.. Walaupun bagi pembaca 12g tu tak seberapa mana.. Well, bagi GCPK, its better than nothing.. Tambah lagi raya pun just around the corner, apakata raya ni bagi "angpau" 1g gold bar kat anak kita.. Bagi pendedahan dan ilmu tentang emas supaya generasi kita nanti celik emas.. Mana tahu, kot-kot lagi success jadi peniaga emas.. Insyaallah..

Tapi ada jugak yang bertanya kat GCPK, "Kalau simpan emas jer, macamana nak untung??" Haa.. kalau nak tau jawapan GCPK untuk soalan tersebut, nantikan entri GCPK dalam masa terdekat nih..

Wassalam..



1 comment:

  1. By using BullionVault you may buy physical bullion by the gram at current spot exchange rates.

    Create a free account today and get 4 g's in free silver as a welcome bonus.

    ReplyDelete