Saturday, 30 June 2012

Ada Apa Dengan Spread???

Assalamualaikum semua,

Hari ni GCP Kenyalang ter'inspired' pulak nak menulis pasal spread.. :)

Lately pelbagai syarikat emas yang ada  kat market.. Setiap syarikat ada pros & cons nya sendiri.. Masalahnya ada certain dealers yang terlalu taksub dengan syarikat yang mereka sertai.. So bermulalah sesi perbandingan harga emas yang mereka jual, dan yang paling suka di'highlight'kan adalah word keramat iaitu SPREAD..

GCPK mengaku masa mula-mula terjebak dengan emas ni, GCPK ambik kisah jugak la pasal spread.. But as time goes by, semakin banyak ilmu emas yang GCPK dapat thru reading and berguru dengan otai-otai emas yang betul-betul otai lah.. Respect! So, ada apa sangat la dengan spread sebenarnya..

Spread penting hanya untuk investor emas.. Dan tak penting langsung untuk penyimpan emas atau lebih dikenali sebagai golongan yang betul-betul faham tentang kepentingan emas..

For example sebagai pelabur emas, intention sebenar membeli emas adalah untuk mendapatkan untung daripada hasil buy low, sell high.. So once harga emas sampai kepada harga yang di'target'kan, dia pun jual.. What happens when tak sempat nak  jual, wang kertas pulak dah tak laku??? Takkan nak tukar emas jadi kertas semata-mata??? So, apa relevannya spread di sini?

That's why GCPK lebih suka highlight pasal kepentingan simpanan emas kepada customer.. Emas tidak akan membuat kita kaya serta-merta, tetapi emas melindungi kekayaan kita.. We'll never know what's gonna happen in the future.. Economy can collapse, economy can be bullish, tapi yang paling penting kita ada simpanan emas.. Bawak lah emas ke negara mana pun, you'll live.. Try bawak duit kertas Ringgit Malaysia kat luar, tengok negara mana yang akan accept.. At the end of the day, the one with gold will be the winner..

One more thing, tak perlu kecoh-kecoh pasal spread jual balik kat company.. Sekarang ni orang dah makin bijak beb.. Banyak platform untuk jual balik emas mereka.. Apa barang jual balik kat company??? Creative la sikit.. Your gold, you decide.. Nak letak harga semasa ke, nak diskaun sikit-sikit ke, nak untung banyak ke, nak untung sikit ke.. Your choice.. You punya emas maa..

Harap-harap pembaca GCPK ni faham dengan apa yang nak disampaikan.. Istilah spread tu takde maknanya.. Yang paling bermakna kalau anda bijak emas dan ada simpanan emas.. 1g sebulan ke, 1 dinar sebulan ke, 10g sebulan ke.. Ikutlah mana yang korang mampu.. Janji simpan emas..



Itulah saja dari GCPK hari ni.. Come on, sama-sama kita celik emas.. Wassalam..

2 comments:

  1. salam saye nak tanye, ade tak bukti simpanan admin yang dah untung sejak mula dalam pelaburan emas ini? Saya lebih yakin ke arah sesuatu yang dah dibuktikan untung e.g spread kecil..

    kalau ada boleh nyatakan tarikh, masa, transaksi..

    ReplyDelete
  2. Salam..

    First transaction beli emas dr gcp 20/4/2011 gold bar 10g.. Harga = RM1550.. So far harga emas x turun lg sampai level tu..

    Admin ni jenis yg suka simpan emas, so x terfikir lg nk jual simpanan emas yg ada.. :)

    ReplyDelete