Friday, 19 April 2013

Emas Bukan Pelaburan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,
 
Topik yang kamek nak cerita hari tok agak ‘hot’ sikit. “Emas BUKAN Pelaburan”.. Ok, sabar semua investor emas.. Baca lok apa yang kmk nak cerita.. 

Mun kitak orang perasan, dalam 2, 3 tahun tok rami orang berebut nak invest dalam emas sampei ada yang tertipu dengan scam & skim cepat kaya.. Camne senang gilak convince orang untuk meli emas? Well, tunjuk jak graph kenaikan rega emas for the past 10 years, then tambah some sugar & spice tentang keuntungan & kebagusan pelaburan emas, and voila, orang beli emas.. 

Belum gik keluar news hal emas dalam TV, radio & front page newspaper.. Di mana-mana orang kelakar hal emas.. Ingat jak tok, everytime mun sesuatu pelaburan di highlight everywhere & jadi front page news, sooner or later the ‘smart money’ will make it way out of the playing field. Well, ingat sik rega emas pernah sampei its peak in September 2011??? Look where it’s going now.. You’ll get what I mean.. 

Bila kita dengar orang madah “guarantee untung mun invest dalam emas”, then you better watch out. Sekda “guarantee untung” dalam investment. Tambah-tambah gik mun percentage keuntungan nya nait double triple dalam masa setahun duak jak. As they say, mun benda ya too good to be true, sik lamak nya dapat maintain. 

Perasan sik makin banyak company emas yang ada di Malaysia tok? Belum gik individuals yang berjual emas.. Semua maok untung dari gold rush.. Bank-bank pun semua ada gold account.. Emas fizikal nya sekda, kita beli emas atas paper jak. Ndak kah untung free free jak bank??? Nangga sik semua orang maok involve dalam emas??? Now that is not a good sign for an investment.. 

And what about the speculators? Dak nya lah yang sebenarnya main rega emas tok.. Beli saham emas berjuta-juta supaya dapat quick money. And bila these guys cash in on their profit, jatuh merudum lah market emas. 

So, let’s go back to basic pasal emas tok..
 
  • Emas kalis inflasi
  • Dinar zaman Rasulullah SAW dapat meli seekor kambing, kinek tok pun kita dapat meli seekor kambing dengan 1 Dinar.
Now do you realize something??? Emas tok sebenarnya a wealth preserver.. Nya protect value duit kita mun kita convert duit kita tek ke emas. So, is gold gonna make you any richer? NO! 1 Dinar tetap dapat meli seekor kambing sampei bila-bila pun.. Sekpat kita meli 2, 3 ekor kambing indah nak.. Nei ada kita makin kaya? Betul sik?
 
Ingat jak gold earns nothing (no income) & cannot grow. Pretty & shiny, tapi kita sekpat polah apa-aap dengan nya.. That’s why nya bukan kei investment. For example mun property kita dapat untung bila disewakan, tapi emas??? You can’t do anything with it.. 

That’s why bagi kamek emas tok kei simpanan.. Emas PROTECT value kekayaan kita.. Mun ada duit lebih, belilah sikit. Even 1g pun jadilah. Sik perlu lah spend beribu, berpuluh ribu, beratus ribu untuk invest dalam emas and berharap rega nya nait. Tapi mun ya tek duit lebih, apa salahnya.. Beli emas then simpan.. Your wealth is preserved!
 
Tapi yalah, semua orang maok improve taraf hidup and earn extra money.. Camne caranya? Berniaga.. Mun suka emas, berniaga emas.. Jangan sik tauk, berjual air di pasar minggu, berjual burger, berjual cucur pisang pun dapat untung.. Dapat juak extra money hari-hari kah, bulan-bulan kah.. Up to you.. Rezeki Allah tok luas.. Opportunities are everywhere.. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan nak.. Maok sik maok jak..
 
Sekian saja dari kamek buat masa tok.. Insya Allah mun ada idea lagik, kamek akan share dengan kitak orang.. Wassalam..

Wednesday, 26 December 2012

Personal Loan & Emas – Pandangan Peribadi

Assalamualaikum semua,

Sejak akhir-akhir ni ramai yang bertanya dengan GCP Kenyalang whether it’s wise to take up personal loan dan beli emas.. So, first thing’s first..

Apa itu personal loan?
· Pinjaman yang diberikan oleh bank
· Interest rate : fixed / floating
· Tempoh pinjaman : 1 tahun – 15 tahun
· Pembiayaan : RM10,000 – RM200,000

Apa yang anda perlu tahu tentang personal loan? Jom kita tengok calculation di bawah..

Contoh:
Jumlah Pinjaman (JP) = RM100,000
Kadar Faedah (KF) = 5.50% per annum
Tempoh Pinjaman (TP) = 15 tahun
Bayaran Bulanan = RM1,013.89/bulan

Cara nak calculate bayaran bulanan..

Bayaran Bulanan = [(JP x KF x TP) + JP] ÷ (TP x 12)


Nak tau berapa jumlah sebenar yang kita kena bayar balik kepada bank based on pinjaman di atas???


RM1,013.89 x 12 bulan x 15 tahun = RM182,500 !!!


So, kadar faedah sebenar yang dicaj oleh pihak bank adalah...


(RM182,520 – RM100,000) ÷ RM100,000 x 100 = 82.5% !!!


Untuk memudahkan pengiraan, formula dia simple je..


Jumlah Kadar Faedah = Kadar Faedah x Tempoh Pinjaman


In simple words, let’s say anda beli emas menggunakan wang yang diperoleh hasil daripada pinjaman bank, hanya jika harga emas meningkat lebih daripada jumlah kadar faedah yang dicaj oleh pihak bank, barulah anda boleh mendapat keuntungan.. Kalau kita ambil contoh di atas, jika harga emas meningkat lebih daripada 82.5%, then only you’ll profit..

 

As for my personal opinion, GCPK rasa lebih selamat dan lebih tenang hidup kalau beli emas mengikut kemampuan semasa kita.. Tak perlu buat loan.. Why?

  • Bila kita buat loan, hutang bertambah.. Liabiliti bertambah..
  • Hanya buat personal loan bila perlu.. In other words, buat loan bila terdesak dan perlu duit.. Lagi pendek tempoh pinjaman lagi bagus..
  • Better concentrate on loan lain seperti loan rumah.. Beli rumah dulu, then think about other things.. Bak kata Mark Twain, “Buy land, they're not making it anymore!”
  • Semua hutang anda direkodkan oleh Bank Negara Malaysia.. Bila banyak sangat hutang, susah bank nak luluskan permohonan loan yang lain..

 

And my best points would be..

  • Naik turun harga emas is not under our control..
  • Kalau kita tengok sejarah harga emas seperti di bawah, there are years where harga emas remains static ataupun yang lagi teruk, menurun..
  • For example from 1982 to 2002, percentage kenaikan was very minimal ataupun tak ada langsung.. Anda boleh kaji sendiri..
  • So, kalau anda buat loan untuk tempoh selama 15 tahun, anda sure dan betul-betul sure ke harga emas akan meningkat lebih daripada interest bank? Tepuk dada, tanya selera..

 


Bagi GCPK, never gamble for something which is not certain.. Elok-elok takde hutang & ada simpanan emas sikit-sikit, tak semena-mena kena tanggung hutang.. Hutang tu pulak tak tau la end result dia camana.. Either untung atau rugi.. As they say, every investment is risky..

Ada jugak yang bagitau guna emas yang ada tu untuk bayar monthly instalment loan tersebut.. Kiranya tak perlu keluar duit sendiri.. Laaa.. Part ni la yang paling company emas suka.. Every month dapat buyback emas.. Profit company makin hebat, anda pulak still menanggung hutang.. Jadi lepas habis tempoh pinjaman tu, agak-agak berapa banyak emas yang tinggal? Kalau simpan bulan-bulan secara konsisten pulak, agak-agak berapa banyak emas yang anda ada dalam tempoh yang sama? Think.. Think.. Think..

Tapi kalau buat personal loan utk bukak company emas sendiri dan jual emas brand sendiri tu lain cerita la.. In short jadi tokey emas yang sebenar dan meniaga emas.. Baru berbaloi buat loan.. Kalau setakat buat loan, beli emas and hope for the best (berharap harga emas naik), then think and think again whether it’s wise to do so..

So ladies & gents, I’ve said my views.. Terpulang kepada anda untuk melihat subjek ni sebagai positive ataupun negative.. Kaji betul-betul sesuatu method before you make any decision.. Because at the end of the day, you and only you who will bear the risk..

Obviously GCPK akan tersenyum lebar kalau ada yang buat loan RM50k ke, RM100k ke, RM200k ke (WOW!), dan beli emas daripada GCPK.. Untung giler beb! Tapi, GCPK pulak yang rasa tak senang hati cos I prefer my customers to really give it a thought.. Think carefully.. After all, GCPK lagi suka kalau anda dapat achieve financial freedom daripada anda menanggung hutang whereas GCPK pulak syok dapat untung sorang-sorang.. InsyaAllah GCPK tak akan take advantage daripada kesusahan orang lain.. :)

So, together we strive to achieve financial freedom.. Takde hutang, hati pun senang.. Walaupun dapat beli emas sikit-sikit je setiap bulan, janji ada simpanan emas.. Tak perlu pening kepala risau pasal hutang.. Bahagia hidup kan???
 

Sunday, 9 December 2012

Program Transformasi Minda Jutawan Emas di Kuching!!!

Assalamualaikum semua,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa buat julung-julung kalinya, Program Transformasi Minda Jutawan Emas akan diadakan di Kuching, Sarawak. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:
 
Tarikh: Ahad, 16 Disember 2012
 
Masa: 9.00am - 12.00pm
 
Tempat: Dewan Syarahan Yadim, Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching.
 
Speaker: Tuan Shamsul Anuar Md Ali (Pengasas GCP)
 
Kemasukan adalah PERCUMA!!!
 
 

So, kepada yang berminat, sila hubungi GCP Kenyalang di 016-8691581.. Kalau nak bawak member sekali pun boleh.. The more the merrier.. Book your seat NOW! Tempat adalah terhad.. Manalah tau, Tuan Shamsul akan buat promosi.. Dapat beli gold & silver GCP pada harga yang menarik??? Sama-sama kita nantikan..
 
Jom kita serbu Dewan Syarahan Yadim pada 16 Disember nanti!!! InsyaAllah kita akan celik emas.. See you there!
 
 
 
 

Wednesday, 5 December 2012

Introduction to GCP (versi Bahasa Sarawak)

1. Apa GCP tok?
 
GCP tok singkatan daripada Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Company yang berjual & berbeli emas jak. Kinek tok nya dah ada lebih 4,000 dealers di seluruh Malaysia. Kiranya dealer tok wakil kei jual produk emas sidaknya. Macam Tomei, Habib Jewels, Wah Chan, etc. ada branch di seluruh Malaysia, GCP ada ‘branch’ nya juak, as in dealers nya. Sik perlu bersewa kedei, berberik gaji pekerja.. Banyak saving dah di sia.. That’s why harga emas nak dijual nya murah. GCP pun nerimak used gold juak.. Sapa-sapa nak jual balit emas, boleh jual ngan GCP.. Guarantee nya ambik dengan rega lebih tinggi dari tempat lain..
 
2. Produk apa dijualnya?
 
Ada 3 igek produk utama GCP…Emas 999, emas 916 & silver 999.. Mun emas 999 ada dalam bentuk gold bar & barang kemas.. Dari seringan-ringan 1g sampeilah seberat-berat 100g.. Mun emas 916, barang kemas jak.. Beratnya dari 5g sampei 100g.. Mun silver, gold bar 999 jak.. Beratnya dari 10g sampei 100g.. So, ngekot kemampuan kitak orang nak nei yang sesuai.. Yang penting, GCP dah ready produk nya kei kitak semua.. Mun nak tauk, GCP ada juak jual barang kemas 916 nak design macam rah kedei emas di pasar ya.. Tapi limited sikit, so first come first serve.. Rega iboh padah lah, nang jauh lebih murah mun nak di compare ngan kedei emas lain.. Sekda upah tukang gik ya.. Mun sik cayak, boleh jak survey survey dolok.. (Psssttt.. Sik lamak gik GCP ada kedei emas dirik mpun di KL.. Makin berkembang maju dah GCP.. Syabas!)
 
3. Macam nei nak jadi dealer?
 
Mun nak jadi dealer, bayar RM1,000 jak.. Mahal kah??? Coba kitak orang nak mukak kedei emas.. Haaaaa.. Berapa modalnya? So, sebenarnya nang murah lah nak jadi tokey emas.. Modal RM1,000 jak.. Dah lah macam-macam advantages.. Paling best dapat meli emas rega murah lah.. Transportation cost pun sik perlu bayar.. Mun barang sik sampei, GCP tanggung.. So, bila meli emas, tunggu jak.. Ari tok bayar, esok lusak dah sampei di rumah.. Sik perlu muang minyak & tenaga ke sia sinek.. Siney nak carik? Best kah sik best? Servis GCP nang tip top wa cakap sama lu.. First class..
 
4. Mun jadi dealer dapat duit bulan-bulan kah?
 
Sorry, GCP tok sekda merik duit bulan-bulan kerana nya berjual beli emas / silver jak.. Mun kitak orang rajin nak dapat extra income, rajin-rajin lah berjual emas.. Nei ada duit masuk mun setakat kita goyang kaki di rumah nak? Mestilah ada usaha..
 
5. Macam nei lah nak untong?
 
Senang jak.. Jual emas / silver.. Mun jadi dealer, ndakkah kita dapat meli emas rega murah.. Mun jual ngan orang, up kan sikit rega.. Ndakkah dah ada untong? Sigek gik, mun nyimpan jak emas / silver pun dah kira untong bah.. GCP dah merik peluang kei kitak orang jadi tokey emas, tinggal camne kitak orang nak ambik peluang gik lah.. Apa-apa pun, yang penting mesti ada ilmu dolok.. Belajar menar-menar hal precious metals tok.. Jangan main ekot-ekot, dengar-dengar jak..
 
6. Perlu carik downline sik? GCP tok cam MLM kah?
 
No, no, no.. GCP tok bukan MLM.. Sekda berkaki-kaki, sekda dapat komisyen atas angin.. Sik perlu bercarik ngan downline.. Purely business berjual beli emas.. Just that mun jadi dealer, adalah advantage nya.. Apa yang kitak orang perlu polah, share jak ngan orang kelebihan emas.. Mun sidaknya terbukak ati, guarantee sidaknya maok meli.. Jangan lupak merik rega kacak-kacak kit.. Mun sidaknya teringin nak nyimpan & at the same time minat nak berjual emas, boleh ajak jadi dealer.. Lagikpun perlu bayar sekali jak registration fee, terus dapat advantage for your whole life.. Sapa nak merik rega emas murah mun bukan GCP???
 
Bah, apa gik nak ditunggu kitak orang? Juh join GCP.. Ruginya sekda, untong nya banyak.. Contact jak kamek mun maok info gik.. No hal, semua soalan kamek akan jawab.. InsyaAllah..
 
Wassalam..

Tuesday, 2 October 2012

Emas GCP – Premium Rendah


Assalamualaikum semua,
 

Hari ni GCP Kenyalang nak cerita sikit topic yang agak kurang dibincangkan – GOLD PREMIUM.. Apa itu gold premium? Additional price yang ditambah kepada gold spot price.. Well, additional price ni adalah untuk cover pelbagai jenis kos termasuk minting & apa-apa kos yang terlibat sebelum emas dapat dijual physically..

 
So, the lower the premium (lagi dekat harga emas yang kita beli dengan gold spot price), the better sebab maksudnya emas tu murah..

 
Jom kita tengok berapa gold premium yang ditetapkan oleh GCP sekarang..


 
 
 
 

Dengan gold spot price at RM173.80/g, anda boleh lihat premium GCP adalah serendah RM5.20/g untuk gold bar seberat 50g & 100g.. And clearly gold premium GCP kurang daripada RM10/g untuk gold bar 10g dan ke atas.. Murah bukan??? But of course, keistimewaan ni hanya dapat dinikmati oleh pengedar GCP..

 
So, memang worth it jadi dealer GCP ni.. Dengan hanya RM1,000 anda dapat beli emas yang murah dan juga spread yang kecik (seperti yang GCPK ceritakan dalam entry sebelum ni).. Penghantaran FREE pulak tu.. What’s more??? You’ll get the benefits for life!

 
Tak yah fikir panjang.. Initial capital RM1k je.. Lepas tu kalau nak jadi penyimpan emas ke, peniaga emas ke, pelabur emas ke, terpulang kepada anda.. Semua pun boleh.. Best ke tak best???

 

Contact GCP Kenyalang sekarang di 016-869 1581 / 013-922 7122 untuk info lebih lanjut.. InsyaAllah GCPK akan guide anda sebaik mungkin.. Mari kita menyokong syarikat emas Muslim dan InsyaAllah kita akan kaya & berjaya bersama-sama.. Wassalam..



Friday, 28 September 2012

10 Keraguan Anda Terhadap Syarikat GCP Terjawab (Part 1)

Assalamualaikum...

Bila kita memulakan satu perniagaan, benda pertama yang kita jual dengan customer adalah branding + trust... Without both, of course customer akan rasa ragu-ragu... Betul tak?. Ehehe... So GCPK seringkali ditanya oleh customer akan sejauh mana syarikat Goldcrest Pavilion adalah syarikat yang sah dan menjalankan urusniaga yang tidak menyalahi undang.

So antara soalan famous yang sering ditanya oleh prospect dan customer GCPK adalah:-

1. Company GCP ini sah atau tidak?? Berdaftar dengan Security Commission (SC)?
Berniaga emas tak perlu daftar dgn SC. Daftar dgn Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja. Urusniaga syarikat GCP sama seperti di kedai emas biasa iaitu jual dan beli emas.

AMLA = akta penggubahan wang haram.

BAFIA = akta bank dan institusi kewangan.

Kalau nak jadi mcm bank kutip duit orang ramai, buat skim pelaburan dan bagi pulangan atas duit yang dikutip,barulah perlu dapat kebenaran BNM dan SC. Kalau berniaga sahaja hanya perlu daftar dgn Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja.

2.Ada beza ke beli emas dengan GCP berbanding di tempat lain?
GCP menawarkan harga yang murah berbanding harga pasaran kepada pelanggan dan harga borong yang jauh lebih murah kepada mereka yang menjadi pengedarnya.Kalau pembaca nak tahu, GCP bukan sahaja menawarkan penjualan emas dengan harga yang lebih murah,namun membeli semula dengan harga yang lebih tinggi dengan susut nilai serendah 5% - 6 % sahaja kepada pengedar dan pelanggan sehingga 18% berbanding pasaran luar 25% - 40%. Yang paling best, semua produk GCP tidak dikenakan upah tukang!! So pelanggan tak perlu risau dengan kos yang tersembunyi yang perlu dibayar.. Kalau tak caya jugak, tgk contoh kat bawah ni:-

Berdasarkan harga pada 28hb September 2012, emas 916 10g GCP bersamaan dengan RM175.38/g dan pasaran RM195/g
Harga Produk GCP Rantai Tangan Emas 916 seberat 10g :
RM175.38 x10g = RM1,753.80 (harga bersih,tanpa upah)
Harga pasaran = RM195 x 10g
=RM1,950 (harga produk belum termasuk upah)
Penjimatan sebanyak RM196.20!! Tu baru produk utk barang kemas 10g, belum lagi yang lain..


Katalah, jika di luar anda boleh mendapat harga promosi tanpa upah,harganya masih mahal sebenarnya. Manakala jika ditawarkan harga yang murah,ianya belum campur kos upah tukang (workmanship cost). Paling senang kita ambik contoh kat bawah nih:-

Kedai Wahh Shann (bukan nama sebenar) menawarkan harga murah (promosi) untuk emas 916 RM170/gram. Sapa2 yang tengok promosi camtu mestilah rambang mata, termasuklah orang tua GCPK sendiri.. Namun, apa yang kita tak perasan ialah upah tukang yang dikenakan adalah RM100 or maybe more. So, soalan cepumas GCPK buat pembaca setia blog ni.. Berapakah harga per gram sebenar yang dibayar oleh pelanggan Wah Shann tadi?
Mari kita kira sama-sama :

RM170 x 10g =RM1700
RM1700+ RM100=RM1800/10gram
=RM180/gram !

Bukankah diskaun yang ditawarkan cuma RM5/gram berbanding harga pasaran?
Jika anda boleh mendapat harga lebih murah dan offer yang lagi GEMPAK, SO, MENGAPA Bayar LEBIH? Betul tak??

Di GCP, bukan sahaja harga MURAH, tapi anda juga jimat kos, masa, tenaga, dan kos minyak kereta. Hanya dengan 3 langkah mudah dan anda dah memiliki emas murah:-


3. Berbaloi ke keluar modal RM1000 untuk menjadi pengedar, tapi tak dapat produk emas pun?
GCPK dah banyak cerita tentang keistimewaan sebagai pengedar melalui artikel sebelum ini,boleh rujuk link berikut:-

http://gcpkenyalang.blogspot.com/2012/07/kelebihan-menyertai-goldcrest-pavilion.html

Kali ini GCPK bagi contoh 2 kajian kes yang saya pernah lalui dan ini hanya mengambil satu sahaja faktor,iaitu dari segi harga yang pengedar dapat :

Kes pertama:
Ada seorang pelanggan GCPK, beliau telah membeli gold bar GCP berjumlah RM60,000 bersamaan dengan 340g.. Selepas itu, beliau telah pergi ke kedai emas ****** untuk melihat sendiri harga pasaran gold bar emas di kedai emas konvensional.. Alangkah terkejutnya beliau dengan pembelian gold bar GCP tersebut, beliau dapat penjimatan sebanyak RM4,000!!! Banyak tu!! Sudah tentunya beliau sangat gembira disebabkan pencaturan beliau dgn produk GCP sememangnya berbaloi..

Jadi GCPK ingin bertanya kembali, adakah tidak berbaloi membayar RM1K untuk dapat lebih banyak penjimatan? Renung-renungkanlah..

“Alaaa... Saya bukan ada banyak duit pun nak beli berkilo-kilo, so bagi saya RM1k tu komitmen yang mahal, lebih baik saya beli emas dengan duit tu.”

Well, if you say so, mari kita lihat kajian kes yang ke-2 plak.

Kes kedua:
Ini merupakan contoh kes di mana En Ramli (bukan nama sebenar) merupakan seorang yang membuat simpanan emas secara konsisten dengan membeli pada harga pasaran (FGJAM).
Setiap bulan,beliau membeli 1 gram emas berharga RM270.
Anggaran penjimatan yang beliau boleh dapat dengan membeli 1gram emas GCP sebulan selepas ditolak kos lain ialah RM60 (harga dealer GCP utk produk 1g gold bar ialah RM205).
Kalau dah setahun, jumlah penjimatan En Ramli ialah sebanyak RM600. 2 tahun pulak dah bersamaan dengan RM1,200!!! Tengok tu, dalam masa 2 tahun dah jimat dan dalam masa yang sama dah balik modal.. Bare in mind, tu baru produk 1g gold bar GCP.. Belum lagi produk2 lain GCP yang lagi GEMPAK.. For sure dalam masa kurang dari 6 bulan dah balik modal!!!

Di GCP, harga akan bertambah murah mengikut berat, tak kira bar atau barang kemas.
Ini menguntungkan anda berbanding membeli harga sama di luar sana.
Sebagai contoh harga gold bar pada September 2012
1g
RM 205

10g
RM 1,840

20g
RM 3,640

50g
RM 9,000

100g
RM 18,000

Di luar, harga untuk 100g gold bar sekarang ialah RM 20,600. Jimat sehingga RM 2600!


4.Kat mana nak simpan emas lepas beli ?
Ramai orang baru kenal emas tapi belum apa-apa lagi dah risau nak simpan kat mana (sama macam saya dulu2 masa buat belian pertama RM30k). Tapi kalau setakat nak beli yang kecil-kecil macam 1 gram dan dinar tu, selit kat dalam wallet pun boleh. Tapi kalau simpanan emas dah bertambah, eloklah difikirkan tempat yang sesuai untuk menyimpan emas tersebut. So, untuk mereka yang kreatif tu, boleh sahaja simpan di rumah and make sure pilih port rahsia yang tak di duga oleh orang lain such as dalam tandas, pasu bunga, belakang jam, dalam peti ais (bekukan dalam ais pun boleh!!), dalam soket, dalam buku (sekarang dah jual peti besi dalam bentuk buku),dalam tanah (yang ni plak macam cari harta karun), pendek kata banyak tempat yang kita boleh consider tapi make sure korang kena pastikan tak lupa lah.

a href="http://gcpkenyalang.blogspot.com/2012/07/kelebihan">
Selepas penat lelah kita berusaha simpan sebaik mungkin, amalkan lah doa pendinding dan juga ayat 137 surah Al Baqarah yang bermaksud :

“Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh pertunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu) oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. “

Pengalaman sendiri, saya pernah menemui orang yang penuh dengan syak wasangka dan kerisauan yang melampau dalam hatinya. Kalau pembaca nak tahu, ini lah "Laws of Attraction".. Maksudnya, apa-apa yang kita fikirkan sangat akan menjadi kenyataan. Bila dah berfikir negatif sangat sampai terbayang pencuri dah berkampung kat luar rumah, off course lah one day benda tu akan jadi.. Why not kita tukar mind set tu!! Dari dok buang masa fikir benda yang negatif, cuba kita bersangka baik dan fikir yang indah-indah sahaja, jika ditakdirkan selepas dah berusaha pun masih hilang, maka ia adalah ujian untuk kita atau untuk menebus dosa kita, maka redha lah, insyaAllah akan digantikan dengan yang lebih baik.

Tak yakin? Nak suruh orang lain tolong simpan juga? Hmm.. Baiklah, semoga link yang mengandungi senarai tempat untuk simpan emas (safe deposit box) di Malaysia ini membantu anda, klik sini :http://bankemas.blogspot.com/2010/02/senarai-safe-deposit-box-di-malaysia.html

5. Macammana nak berniaga emas GCP ni? Lumayan ke? Ni soalan favourite yang selalu diajukan kat GCPK.. Kalau nak tau jawapannya, meh lah klik link kat bawah ni... Bukannya apa, GCPK dah malas nak taip panjang-panjang.. Lagipun, apa yang pembaca nak tau semuanya terkandung kat entry tu..

http://gcpkenyalang.blogspot.com/2012/07/macammana-nak-dapat-untung-dari-emas.html

Balance 5 lagi tu, GCPK akan post kat next entry.. Dah banyak dah GCPK taip ni.. Juling mata kalau entry ni panjang sangat.. Sabar2 lah yer...


Friday, 21 September 2012

Khas Untuk Pelabur Emas & Perak – GCP Menawarkan Spread Rendah

Assalamualaikum semua,

S.P.R.E.A.D. – word keramat untuk pelabur emas & perak.. Bagi sesiapa yang tak tau lagi apa itu spread.. Spread ialah beza antara harga beli dan harga jual.. In short, spread besar, lambat untung.. Spread kecik, cepat untung..

So, tahukah anda dengan hanya RM1,000 yang anda bayar untuk jadi dealer GCP, anda boleh menikmati spread yang rendah??? Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni..




Agak-agak, berbaloi tak kalau jadi dealer? Tak perlu beli bar yang besar sangat pun dah boleh dapat spread yang rendah.. Betul tak? Harga dealer pulak memang menarik hati.. Murah giler.. Kesimpulannya bila jadi dealer, dapat beli bar dengan harga yang murah & spread kecik pulak tu.. What’s not to like??? :)
 
 
 Tapi, mesti ada yang tertanya-tanya kan.. Apasal makin besar bar, makin tinggi pulak spread??? Well, according to tokey GCP sendiri, sebab utamanya adalah kerana ramai orang kita (bumiputera) ni yang lebih mampu untuk beli bar yang kecik-kecik.. So to accommodate this, it was decided that makin ringan, makin kecik spread.. Win-win strategy untuk dealer dan GCP sendiri.. Syabas!
 
 
Another good thing bila dapat beli bar yang ringan tapi spread rendah is that bila nak jual balik, tak yah jual sekaligus.. For example, kalau ada modal nak beli 100g, baik beli 10g x 10pcs rather than sekeping 100g.. Lagi cepat untung.. Lagi senang nak let go slow slow..
 
 
Apa tunggu lagi??? Grab the chance untuk jadi dealer GCP sekarang sementara promosi RM1,000 untuk jadi dealer masih available.. Kalau berminat, just contact GCP Kenyalang @ 016-8691581 ataupun thru Facebook (add gcpkenyalang@gmail.com).. Wassalam..